Journal Articles
Sumber Karya Mafatih al-Ghayb Dalam Tafsir Nur al-Ihsan: Satu Kajian
Mohd Sholeh Bin Sheh Yusuff, Dr.; Muhd Thoriq Asshiddiq Che Ahmad; Abdul Hakim Mahadzir; Mat Rani Abdul Manaf
Syeikh Muhammad Said bin Umar telah menulis karya berjudul Tafsir Nur al-Ihsan yang merupakan sebuah karya dalam bidang tafsir al-Quran. Untuk mendalami dan memahami ayat-ayat al-Quran, masyarakat telah menggunakan karya ini sebagai rujukan mereka. Namun, beberapa sarjana telah mengkritik karya Tafsir Nur al-Ihsan ini kerana mereka beranggapan bahawa Syeikh Muhammad Said semata-mata menggunakan pandangannya sendiri ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Hal seperti ini menyebabkan masyarakat menjadi keliru dengan kesahihan tafsiran yang dilakukan olehnya dalam Tafsir Nur al-Ihsan tersebut. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini tertumpu kepada mengkaji dan mengesan sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh Syeikh Muhammad Said dalam Tafsir Nur al-Ihsan, di samping pengkaji mendedahkan bagaimana rujukan-rujukan tersebut diolah olehnya. Pendekatan genetik yang diperkenalkan oleh Goldman digunakan ketika kajian ini dijalankan. Menerusi pendekatan ini, semua sumber rujukan yang pengarang gunakan daripada karya Mafatih al-Ghayb oleh Muhammad al-Razi didedahkan. Kajian memperlihatkan bahawa pengarang Tafsir Nur al-Ihsan telah mengambil empat pendekatan ketika mengolah teks dari karya yang beliau rujuk itu iaitu; teks dinukil secara tepat dan selari dari karya Mafatih al-Ghayb oleh Muhammad al-Razi, pengarang menukil teks secara abstrak daripada karya tersebut, pengarang menghilangkan beberapa perkataan dari teks yang dirujuk sebelum dimuatkan dalam Tafsir Nur al-Ihsan, dan pengarang menambah huraian dan penjelasan terhadap teks yang dinukil. Pengkaji mendedahkan bahawa Syeikh Muhammad Said merujuk karya Mafatih al-Ghayb oleh Muhammad al-Razi ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan bertujuan mengukuhkan karyanya. Oleh itu, beliau berjaya berbuat demikian disebabkan teks yang dirujuk bertepatan dengan teks dalam karyanya itu.
Pengaruh Jami' al-Bayan 'an Takwil al-Quran Berdasarkan Pendekatan Genetik Dalam Tafsir Nur al-Ihsan: Satu Pendedahan
Mohd Sholeh Bin Sheh Yusuff, Dr.; Mat Rani Abdul Manaf; Abdul Hakim Mahadzir; Muhd Thoriq Asshiddiq Che Ahmad
Tafsir  Nur  al-Ihsan  yang  ditulis  oleh  Syeikh  Muhammad  Said  bin  Umar  adalah sebuah karya dalam bidang tafsir al-Quran. Masyarakat Islam telah menggunakan karya ini sebagai  rujukan  untuk  memahami  maksud  ayat-ayat  suci  al-Quran.  Akan  tetapi,  terdapat kritikan  hebat  yang  dilakukan  terhadap  karya  ini  oleh  sebahagian  pengkaji  kerana  tidak terdapat  rujukan  yang  jelas  ketika  pengarang  menghuraikan  ayat-ayat  al-Quran.Menurut mereka,  perkara  ini  mengelirukan  masyarakat  mengenai  kesahihan  huraian  yang  dilakukan dalam Tafsir Nur al-Ihsan ini. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dan mengesan sumber rujukan daripada karya Jami’ al-Bayan ‘an Takwil  al-Quran  yang digunakan  oleh  pengarang  dalam  Tafsir  Nur  al-Ihsan,  di  samping  pengkaji  mendedahkan bagaimana teks rujukan tersebut diolah olehnya. Kajian ini menggunakan pendekatan genetik yang diperkenalkan oleh Goldman bertujukan mencari dan mengenal pasti teks rujukan yang digunakan  oleh  Syeikh  Muhammad  Said  dalam  karyanya  itu.  Hasil  analisis  mendedahkan bahawa pengarang Tafsir Nur al-Ihsan menggunakan empat pendekatan ketika mengolah teks dari karya Jami’ al-Bayan ‘an Takwil al-Quran  yang  beliau  rujukiaitu;  teks  dinukil  secara tepat  dan  selari  dari  Jami’  al-Bayan  ‘an  Takwil  al-Quran,  menukil  teks  secara  abstrak, menghilangkan beberapa perkataan dari teks yang dirujuk sebelum dimuatkan dalam Tafsir Nur al-Ihsan, serta menambah huraian dan penjelasan terhadap teks yang dinukil. Pengkaji mendedahkan bahawa Syeikh Muhammad Said merujuk Jami’ al-Bayan ‘an Takwil al-Quran ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan bertujuan mengukuhkan penulisannya itu. Oleh itu, beliau berjaya berbuat demikian kerana teks yang dirujuk selari dengan teks dalam karyanya itu.
Kritikan Terhadap Teks Karya Ma'alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi dalam Tafsir Nur al-Ihsan
Mohd Sholeh Bin Sheh Yusuff, Dr.; Mat Rani Abdul Manaf; Muhd Thoriq Asshiddiq Che Ahmad; Abdul Hakim Mahadzir
Para ulama Melayu Nusantara telah bergiat cergas dalam menghasilkan karya dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Bidang-bidang tersebut seperti fiqah, akidah, tasawuf, hadith dan tafsir al-Quran. Salah satu karya yang ditulis dalam bidang tafsir al-Quran tersebut ialah Tafsir Nur al-Ihsan yang dihasilkan oleh Syeikh Muhammad Said bin Umar. Karya ini menjadi rujukan secara meluas oleh masyarakat dalam memahami isi kandungan al-Quran. Walaupun begitu, hasil tinjauan pengkaji didapati bahawa terdapat sebilangan pengkaji-pengkaji terdahulu yang berpendapat bahawa pengarang karya ini tidak menggunakan sumber-sumber rujukan yang muktabar ketika menghuraikan fakta-fakta berkaitan al-Quran sedangkan bacaan awal pengkaji sendiri mendapati sememangnya pengarang sebenarnya tidak menggunakan pendapatnya sendiri ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dalam karyanya itu, bahkan banyak karya-karya rujukan muktabar yang beliau rujuk. Oleh sebab karya ini masih dirujuk oleh masyarakat maka satu usaha pemurnian harus dilakukan. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dan mengesan sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh Syeikh Muhammad Said dalam Tafsir Nur al-Ihsan, di samping pengkaji mendedahkan bagaimana rujukan-rujukan tersebut diolah olehnya dengan menggunakan pendekatan genetik yang diperkenalkan oleh Goldman. Menerusi pendekatan ini, semua sumber rujukan yang digunakan daripada karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi didedahkan. Kajian memperlihatkan bahawa pengarang Tafsir Nur al-Ihsan telah mengambil lima pendekatan ketika mengolah teks dari karya yang beliau rujuk itu iaitu; teks dinukil secara tepat dan selari dari karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi, pengarang menukil teks secara abstrak daripada karya tersebut, pengarang menghilangkan beberapa perkataan dari teks yang dirujuk sebelum dimuatkan dalam Tafsir Nur al-Ihsan, pengarang menambah huraian dan penjelasan terhadap teks yang dinukil, serta pengarang menafikan sebahagian teks yang dirujuk daripada karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi itu. Pengkaji mendedahkan bahawa Syeikh Muhammad Said merujuk karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan bertujuan mengukuhkan karyanya. Beliau berhasil mengukuhkan tafsirannya jika teks yang dirujuk bertepatan dengan teks dalam karyanya. Tetapi, sebaliknya jika teks rujukan itu tidak selari atau bercanggah maka tujuan pengarang untuk menguatkan tafsiran dalam karyanya itu tidak berhasil.
Intertextual Reading on Tafsir Nur Al-Ihsan: A Study using the Haplology Method
Mohd Sholeh Sheh Yusuff, Dr.; Yusuf Haji-Othman, Dr.; Mat Rani Abdul Manaf; Mohamad Hazli Ismail
Tafsir Nul al-Ihsan is the second tafsir after Tarjuman al- Mustafid which was written in the Malay language in the 19th century AD by Syeikh Muhammad Sa’id ibn Umar. This study examines the influence of external text sources which exist in the Tafsir Nur Al-Ihsan text.  Intertextual reading is used in the process of analyzing Tafsir Nul al-Ihsan based on haplology method. This study employs library research and field study using subjective approach to examine date descriptively and qualitatively. The finding of this study indicates that there are eleven text which influence the core text of Tafsir al- Baghawi, Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Razi, Tafsir Ibn Kathir and Tafsir al-Tha’labi. The finding of the analysis provides evidence that the text which dominates the test of Tafsir Nur al-Ihsan is Tafsir al-Jamal.