Zaidi Bin Fadzil, Dr.
Tahap Kesihatan Mental dan Lokus Kawalan Diri Ketika Pandemik COVID-19: Kesahan dan Kebolehpercayaan Item
Nik Hasyimah Nik Soh; Zaidi Fadzil
Tahun 2020 menjadi sejarah baru kepada Malaysia apabila dikejutkan dengan kedatangan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Covid 19 yang dikenalpasti berasal dari Wuhan China. Virus yang dinamakan sebagai Novel Coronavirus-19 atau lebih dikenali dengan nama Covid-19 ini merupakan sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan. COVID-19 bukan sahaja mendedahkan kita kepada norma baharu seperti penjarakan sosial, pengasingan, kuarantin dan pematuhan terhadap pelbagai operasi piawai (SOP) tetapi tanpa disedari ianya juga berjaya membangkitkan tekanan terhadap psikologi seperti perasaan atau emosi. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap kesihatan mental dan lokus kawalan diri ketika pandemik Covid-19 berdasarkan demografi iaitu jantina dalam kalangan penduduk di dalam Daerah Bachok Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Soal selidik yang digunakan ialah Depression Anxiety Stress Scale 21 oleh P.F. Lovibond dan S.H. Lovibond (1995) dan Internal-External Locus of Control Scale oleh Jullian Rotter (1966). Responden terdiri daripada orang awam yang tinggal di dalam daerah Bachok bermula dari umur 20 tahun ke atas.
Hubungan antara Komitmen dan Prestasi Kerja dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Agama Rakyat di Negeri Kedah
Marziyah Sueb; Zaidi Fadzil
Kualiti serta produktiviti sesebuah sekolah umumnya bergantung kepada pencapaian cemerlang yang diperolehi oleh para pelajarnya dan pencapaian tersebut berhubungkait dengan komitmen dan prestasi kerja yang ditunjukkan oleh tenaga pengajarnya. Permasalahan komitmen kerja sering dikaitkan dengan elemen seperti gaji, kenaikan pangkat, penyeliaan, rakan sekerja dan faedah sampingan yang diperolehi dari organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan komitmen kerja dan prestasi kerja dalam kalangan para guru sekolah agama rakyat negeri Kedah. Seramai 62 orang guru dari 11 buah sekolah agama rakyat di daerah Sungai Petani, Gurun, Yan, Alor Setar, Pendang, Baling dan Kulim telah dipilih sebagai responden. Reka bentuk kajian adalah kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik bagi mengumpul data. Soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu maklumat responden, faktor komitmen kerja dan  prestasi kerja.  Hasil kajian mendapati bahawa hubungan korelasi antara komitmen dan prestasi kerja pada tahap sederhana dengan nilai r = -0.30 pada aras p > 0.05. Kajian ini mendapati bahawa pihak majikan perlu mencari alternatif dan inisiatif yang pelbagai bagi menyemai dan menambah minat mengajar dalam diri para guru.