[2018] Biografi Ulama Malaysia Tuan Hussain Kedah : Penggiat Sistem Pengajian Pondok di Malaysia
Ketokohan Tuan Hussain Kedah Dalam Bidang Hadis
Muhammad Mustaqim bin Mohd Zarif, Prof Madya Dr.
Hussain Nasir ibn Muhammad Taib al-Mas‘udi al-Banjari atau lebih dikenali sebagai Tuan Hussain Kedah (m. 1935) merupakan antara ulama Kedah yang terkemuka dan termasyhur pada awal abad ke-20 Masihi. Ketokohannya dalam pelbagai aspek ilmu duniawi dan ukhrawi serta kegigihannya dalam mengembangkan pengajian Islam telah melonjakkan kewibawaannya sebagai salah seorang ilmuwan dan agamawan penting di utara Semenanjung Tanah Melayu yang gigih menyumbang dan berbakti dalam mendidik dan membangunkan masyarakat sepanjang hayatnya. Bahkan, legasinya masih berkesinambungan dalam masyarakat pada hari ini menerusi buah karyanya yang dipelajari selain sekolah yang diasaskannya dan diteruskan oleh anak cucunya. Secara khasnya, kertas kerja ini terfokus untuk membincangkan ketokohan Tuan Hussain Kedah dalam bidang hadis. Isu berkaitan dengan keutamaan, peranan, penulisan dan metodologi beliau terhadap hadis dan ilmunya yang berlandaskan kepada contoh dan petikan daripada sejumlah karya beliau ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang jelas dan menyeluruh mengenai pemahaman dan amalannya yang harmonis terhadap hadis sebagai sumber hukum yang kedua terpenting dalam agama Islam.
Kecemerlangan Ilmu Islam: Perbandingan Aspek Pemikiran Tuan Hussain Kedah dan Syeikh Badiuzzaman Said Nursi
Mohd Nasir Ayub, Dr.
Sejarah kebangkitan umat Islam berkait rapat dengan budaya ilmu yang diamalkan. Islam menganjurkan kepada budaya ilmu yang cemerlang. Umat Islam akan bangkit dan setanding dengan bangsa-bangsa yang lain sekiranya mengamalkan budaya ilmu sepertimana yang dianjarkan dalam sunnah Nabi SAW. Kekuatan ini yang melahirkan tokoh-tokoh ulama seantero dunia, daripada Timur hinggalah ke Barat termasuklah di alam Melayu kini. Kelahiran tokoh ilmuwan alam Melayu seperti Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Syeikh Abdul Somad al-Falimbangi, di susuli dengan Tok Kenali, Tuan Tabal, Tuan Hussain Kedah dan banyak lagi tokoh-tokoh yang menyinari alam Melayu ini dengan ilmu dan dakwah Islamiah.
Legasi Ulamak Banjar : Tuan Hussain Kedah
Ahmad Yumni Bin Abu Bakar
Kertas kerja ini membincangkan perpindahan ulama Banjar ke Kedah dan latar belakang Syeikh Muhammad Taib. Selain itu, dibincangkan mengenai biografi tokoh secara terperinci yang merangkumi salasilah keturunan Tuan Hussain Kedah, pendidikan tokoh, sumbangan tokoh dalam penubuhan enam institusi pondok dan ketokohan beliau yang agak luar biasa khususnya dalam membangunkan institusi pondok yang begitu banyak. Seterusnya, dibincangkan juga mengenai keperibadian dan prinsip hidup tokoh, sumbangan Tuan Hussain Kedah dalam bidang penulisan dan penggunaan pelbagai teknik penyampaian dalam karya ilmiah tokoh. Akhir sekali, dibincangkan pula mengenai perpindahan Tuan Hussain Kedah ke Pokok Sena dan kematian tokoh yang sukar dicari ganti.