Doctor of Philosophy in Islamic Banking and Finance
Kajian gelagat usahawan perniagaan industri kecil dan sederhana terhadap langganan produk perbankan Islam di Indonesia
Mohamad Hoessien
Dalam bidang perbankan dan industri kewangan dunia, perbankan Islam telah muncul sebagai sistem kewangan alternatif. Namun, falsafah dan prinsipnya yang berlandaskan al-Quran dan alSunnah telah wujud lebih kurang 1400 tahun. Walaupun sistem Perbankan Islam telah menyediakan pelbagai pilihan produk kepada masyarakat Indonesia yang majoritinya beragama Islam, tahap penggunaan sistem ini didapati masihlah tetap rendah. Dengan menggunakan teori gelagat terancang (TPB), penyelidikan ini mengkaji kesan kesediaan pelanggan PKS untuk menerima sistem perbankan Islam di Bank Negara Indonesia Syariah ke atas sikap mereka terhadap tingkah laku, yang berdasarkan pemahaman dan penghayatan keagamaan Islam mereka, dan norma subjektif yang dianggap sebagai nilai pelanggan. Seterusnya, kajian ini menyiasat fungsi penyederhanaan sokongan kerajaan dalam hubungan antara pandangan agama Islam (religiousity) dan nilai melanggan barangan perbankan dengan kesediaan untuk menganut sistem perbankan Islam. 210 soal selidik berjaya dikutip daripada pelanggan Bank Negara Indonesia Syariah di Jakarta menggunakan reka bentuk kajian keratan rentas dan pendekatan persampelan yang sistematik. Analisis data regresi berganda menggunakan SPSS versi 25, menghasilkan penemuan yang menyokong tanggapan pengaruh langsung ke atas gelagat pengguna untuk menerima sistem perbankan Islam. Dapatan pengaruh signifikans sikap tingkah laku berdasarkan kefahaman dan penghayatan agama, serta sokongan dasar kerajaan yang tinggi, mendedahkan kesan yang cukup mendalam terhadap kesediaan untuk menerima sistem perbankan Islam. Memandangkan norma subjektif nilai pelanggan yang tidak signifikans, bermakna penunjuk penerimaan sistem perbankan yang tinggi tersebut berdasarkan sokongan kerajaan dan agama. Dapatan kajian secara teorinya telah menambah literatur sedia ada dengan menggabungkan tingkah laku norma agama, sikap nilai pengguna sebagai pembolehubah langsung, dan dasar kerajaan sebagai pembolehubah penyederhana dalam model TPB. Tambahan pula, semua pembolehubah yang digunakan dalam kajian telah terbukti penting dalam menentukan jangkaan gelagat pengguna dalam sistem perbankan Islam. Hasil kajian mewarwarkan pengamal sistem perbankan Islam di Indonesia seharusnya lebih mempertimbangkan akhlak beragama dalam semua operasi kewangan bagi meningkatkan kesediaan mereka untuk menggunakan sistem perbankan Islam mengikut perubahan teknikal.
Analytical study of the determinants that influence customers’ adoption of islamic banking in Pakistan
Syed Iradat Abbas
Although Islamic banks in Pakistan provided desiring opportunities to Islamic banking customers and the country at large, still the rate of customers’ adoption remained low in Pakistan. The adoption of Islamic banking products and services in Pakistan was explored in this study using Rogers's (2003) Diffusion of Innovation Theory to assess the effects of relative advantage, compatibility, complexity, service quality, and religiosity on customer adoption. This study also investigated the moderating effect of religiosity between exogenous and endogenous variables. For this purpose, the current study employed two statistical software packages for data analysis: SPSS (v. 23) for primary data screening and preliminary analysis, followed by SmartPLS (v. 3.1.2) for the assessment of the measurement model and structural model, including the moderating analysis. The study tested the direct influence of relative advantage, compatibility, complexity, and of service quality on adoption. A significant influence on adoption was noted by relative advantage, compatibility, service quality, and religiosity which support hypotheses H1, H2, H4 & H5. Hypothesis H3 didn’t support the study due to an insignificant relationship between complexity and adoption. A significant moderating effect of religiosity was observed between service quality and adoption and between complexity and adoption while an insignificant moderating effect was seen between relative advantage and adoption and between compatibility and adoption. Hypothesis H6a and H6b didn’t support the study while H6c and H6d supported the study. The results of this study also demonstrated that service quality was found as a very significant factor in customers’ adoption of Islamic banking in Pakistan. First, a positive link was established, and second, a considerably larger effect size supported the relationship's influence on adoption. This suggested that the service quality had the greatest impact on the adoption of Islamic banking services in Pakistan.
Model gelagat dan personaliti terhadap amalan hibah : kajian di utara Semenanjung Malaysia
Ahmad Tarmizi Bin Jusoh
Hibah adalah salah satu instrumen perancangan harta Islam yang penting di samping faraid, wasiat, wakaf dan harta sepencarian. Instrumen hibah berperanan sebagai salah satu kaedah perancangan harta bagi membendung masalah harta-harta yang terbeku di Malaysia yang meningkat setiap tahun. Ini adalah satu kerugian kepada masyarakat dan pendapatan negara dari sudut ekonomi. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menarik minat masyarakat untuk membuat hibah berdasarkan teori gelagat terancang dan model lima besar. Objektif kajian ini adalah untuk melihat pengaruh sikap, norma subjektif, kawalan gelagat ditanggap, keagamaan dan altruisme terhadap niat dan amalan hibah di kalangan penjawat awam di Utara Semenanjung Malaysia. Responden kajian terdiri daripada guru-guru di sekolah-sekolah terpilih di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan instrumen soal selidik bagi memperoleh data kajian. Setelah memperoleh data, ia dianalisa menggunakan analisis regresi berganda. Kajian ini menunjukkan secara empirikal bahawa, bagi lapisan pertama semua pembolehubah tidak bersandar yang terdapat di dalam teori gelagat terancang dan model lima besar mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap pembolehubah niat untuk membuat hibah. Daripada sepuluh faktor yang diukur pada lapisan kedua di mana niat sebagai penengah, hanya satu faktor iaitu altruisme mempunyai hubungan antara niat sebagai penengah dan amalan hibah. Kajian ini menghasilkan satu model baru berdasarkan hasil penemuan kajian. Kajian ini mencadangkan bahawa pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan harta sama ada secara langsung atau tidak langsung perlu melipatgandakan usaha penerangan kepada masyarakat untuk meningkatkan kesedaran terhadap amalan hibah. Di samping itu perlunya undang-undang khusus untuk hibah digubal bagi menyatukan perbezaan pandangan mazhab bagi memudahkan perlaksanaan hibah di Malaysia.
Pelaksanaan wakaf di institusi pengajian tinggi di Malaysia : isu dan cabaran
Mohd Shahid Azim Bin Mohd Saufi
Kejayaan sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang melaksanakan wakaf pendidikan didorongi oleh pelbagai faktor seperti kebolehpercayaan, sokongan masyarakat, pemasaran dan aktiviti membudayakan amalan wakaf. Selain itu, wakaf juga merupakan satu elemen dalam membantu ekonomi umat Islam khususnya dalam bidang pendidikan dengan menawarkan pelbagai manfaat dari sudut mengurangkan kadar yuran dan biasiswa kepada para pelajar. Manfaat ini secara tidak langsung turut dirasai oleh golongan bukan muslim kesan daripada pelaksanaan wakaf pendidikan ini. Kos pengurusan sesebuah IPT merupakan salah satu isu yang dibincangkan di dalam kajian ini memandangkan kos operasi yang melibatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) adalah tinggi. Di samping itu, kebergantungan IPTA terhadap dana kerajaan juga dibincangkan memandangkan dana yang diperolehi oleh sesebuah IPT boleh berubah mengikut suasana politik dan ekonomi. Sumbangan kepakaran dari sudut urus tadbir dan kaedah kolaborasi turut memberikan impak yang positif terhadap wakaf IPT. Faktor undangundang sedia ada turut memainkan peranan kerana perbezaan yang ada pada setiap negeri dari sudut perlaksanaan wakaf menyebabkan sesetengah IPT sukar untuk melaksanakan agenda dana wakaf IPT. Kajian ini mengkaji faktor-faktor kejayaan kolaborasi wakaf serta kesan kolaborasi strategik wakaf. Kajian ini turut mengkaji faktor yang mempengaruhi dana wakaf pengajian tinggi dan mencadangkan model kolaborasi berkaitan dana wakaf pengajian tinggi. Kajian ini menggunakan data kualitatif dan sumber data diperolehi daripada temubual yang dijalankan di Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Institusi Wakaf Korporat, Institusi Wakaf milik Kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Selain itu, dapatan kajian juga diperolehi daripada kajian teks seperti artikel, dokumen dan buku-buku yang berkaitan. Dapatan kajian ini mendapati faktor kejayaan kolaborasi wakaf dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya kejayaan tadbir urus, kebolehpercayaan, pengurusan wakaf, sokongan kerajaan, kolaborasi dan kerjasama. Kajian ini seterusnya mampu untuk memberi sumbangan ilmu pengetahuan berkaitan bidang wakaf khususnya terhadap IPT yang ingin menjalankan dana wakaf melalui instrumen kolaborasi dan kerjasama antara MAIN dan pihak-pihak luar.