Conference / Workshop
Melestarikan Maqasid Al-Shariah Terhadap Kemahiran Insaniah Dalam Pengajaran Kursus Kokurikulum ﻿
Hadijah Johari; Anas Suzastri Ahmad
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap  dan perbezaan kemahiran insaniah dari segi faktor komunikasi, kerja berkumpulan, etika dan moral dan kemahiran kepimpinan  dalam kalangan pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum di sebuah IPT berteraskan Islam. Kajian ini merupakan kelangsungan dakwaan kurangnya penekanan diberikan untuk menyemak kewujudan kandungan maqasid Syariah dan ruhnya dalam sistem pendidikan terutamanya yang melibatkan aplikasi kemahiran insaniah secara khusus dalam kursus kokurikulum. Kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik yang mengandungi empat konstruk kemahiran insaniah. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 responden dengan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah alpha = 0.889. Sampel kajian terdiri daripada 136 orang pelajar ijazah sarjana muda kursus kokurikulum yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif (min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan) dan inferensi (analisis ujian-t) dengan menggunakan aplikasi SPSS v23. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran insaniah pelajar kursus kokurikulum secara keseluruhannya tinggi iaitu min 3.69, dengan kemahiran etika dan moral merupakan faktor paling dominan (min 3.72) berbanding kemahiran insaniah yang lain.Dapatan analisis ujian-t menunjukkan bahawa secara statistiknya tidak terdapat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan gender berdasar kursus kokurikulum yang dipilih oleh pelajar. Kemahiran insaniah secara amnya perlu diterapkan dalam semua bidang pengajian di IPT khususnya dalam kursus kokurikulum  kerana terdapat panduan jelas mengenai kerangka maqasid Syariah dalam sistem pendidikan malah  ia boleh menjadi panduan kepada sektor pendidikan supaya terbina di bawah maqasid Syariah dan ruhnya.
Konsep dan Tata cara Penulisan Ilmiah
Hadijah Johari
Melahirkan insan yang berketrampilan dalam menyampaiakan hujah dan memupuk daya kreativiti mahasiswa melalui perbincangan berdasarkan karya sastera.
Dunia Kreatif dan Kritikan
Hadijah Johari
Membimbing mahasiswa supaya lebih memahami dan menghayati ilmu sastera melalui pengaplikasian teori dan pendekatan kajian kesusasteraan.
Sosiologi Sastera Dan Nilai Pendidikan Satu Dokumen Sosiobudaya Masyarakat Thai, Melayu-Siam Dalam Cerpen Penantian Di Hujung Senja
Hadijah Johari; Nurul Shaheda Abdul Basir
Sebuah karya sastera tidak pernah kosong dari kehidupan sosial, ekonomi dan politik masyarakat tertentu  dengan lakaran kebudayaan yang melatari semua aspek tersebut seperti  dalam Cerpen Penantian Di Hujung Senja karya Eh Deng Eh Chik yang merupakan himpunan 23 cerpen bertemakan kemanusiaan, dendam, kuasa,  rasuah, nasionalisma, adat resam dan warisan. Namun, kajian ini hanya memilih tiga cerpen untuk dianalisis iaitu “Sumpah”, ““Tal Sial Tal Bertuah” dan Penantian Di Hujung Senja. Cerpen Penantian Di Hujung Senja akan dianalisi dengan menggunakan pendekatan sosiologi sastera. Sosiologi sastera merupakan cabang kajian sastera yang bersifat reflektif. Terdapat beberapa objektif tertentu yang perlu dicapai dalam kajian sosiologi sastera antaranya konteks sosial pengarang, “Sastera sebagai cermin kehidupan masyarakat” dan fungsi sosial sastera.  Kajian ini  akan  menganalisis tiga buah cerpen iaitu  “Sumpah”, ““Tal Sial Tal Bertuah”dan Penantian Di Hujung Senja yang sarat dengan pendeskripsian kehidupan sosial para wataknya. Fenomena sosiobudaya dalam cerpen-cerpen ini  memberikan inspirasi  dan motivasi untuk merungkai segala isu masyarakat secara lebih intensi.