Abstract:
Kajian yang berbentuk kajian korelasi ini adalah menggunakan kaedah tinjau selidik bagi mengkaji peneguhankendiri dan hubungannya dengan pencapaian akademik.
Tujuan utama adalah untuk melihat samada peneguhan kendiri adalah salah satu faktor peramal kepada pencapaian akademik atau tidak. Selain daripada itu, kajian ini juga mengkaji faktor jantina dan perbezaannya dengan peneguhan kendiri dan pencapaian
akademik. Sebanyak 129 orang pelajar Bumiputera yang terdiri daripada lelaki dan perempuan tahun II sesi pengajian 97/98 daripada tiga sekolah pengajian beraliransastera di sebuah universiti di Sabah telah dipilih sebagai subjek kajian. Alat kajian yang digunakan adalah Frequency of Self Reinforcement Questionnaire (FSRQ) untuk mengukur peneguhan kendiri. Ukuran pencapaian akademik adalah berasaskan Purata
Nilai Gred Kumulatif (PNGK) semester tiga sesi 97/98. Data yang telah dikumpulan dianalisis menggunakan pakej komputer Statistical Packagefor Social Sciences for Ms Windows 7.52 (SPSS). Teknik korelasi Pearson, khi-kuasa dua dan dan ujian-t
digunakan bagi menganalisis data. Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan signifi kan antara peneguhan kendiri dengan pencapaian akademik.