Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan penubuhan Mahad
Tahfiz Insaniah dalam perkembangan melahirkan hufaz A1-Quran khususnya
di negeri Kedah Darul Aman.
Sebagai umat Islam, kita sedia maklum bahawa tujuan utama Al-Quran
diturunkan adalah untuk mengEsakan Allah SWT dan menjalani kehidupan
mengikut landasan yang benar. Di samping itu, Al-Quran menganjurkan
umatnya supaya menyuburkan nilai akhlak dalam kehidupan termasuklah
nilai kasih sayang sesama manusia, hormat menghormati, toleransi, keadilan
dan keamanan yang merupakan nilai-nilai sejagat serta sesuai dengan
kehendak fitrah manusia itu sendiri.
Justeru, tuntutan memahami dan menghayati ayat-ayat Al-Quran dan
membudayakan Al-Quran dalam kehidupan adalah sesuatu kewajipan yang
tidak perlu dipertikaikan lagi kerana Al-Quran itu sendiri jelas mempunyai
hubung kait dengan kehidupan manusia, sebagaimana Firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang
amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang mengembirakan
orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amai soleh, bahawa
mereka beroleh pahala yang besar”. (Surah Al-Isra’ : ayat 9)