Pendidikan Prasekolah: Perbandingan Antara Tadika Dan Taski (ABIM) Kajian Di Petaling Jaya

Show simple item record

dc.contributor.author Halimah Yaacob
dc.date.accessioned 2021-12-20T03:50:42Z
dc.date.available 2021-12-20T03:50:42Z
dc.date.issued 1989
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28086
dc.description.abstract Objektif utama latihan ilmiah ini ialah untuk memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang pendidikan anak-anak khususnya pendidikan di peringkat prasekolah di samping cuba untuk meneliti perbandingan yang terdapat di antara tadika yang dianjurkan oleh individu tertentu dengan salah satu badan dakwah yang terdapat di Malaysia. Dalam bab satu, penulis telah mengemukakan latar belakang masalah, pengertian tajuk, tujuan penyelidikan dan metodologi, iaitu cara yang digunakan di dalam penulisan ini. Dalam memperkatakan pengertian tajuk, penulis banyak menyentuh beberapa perkara yang berkait dengan pendidikan prasekolah seperti falsafah, objektif am dan prinsip-prinsip dalam pendidikan pra sekolah. Dalam bab kedua, penulis memaparkan satu landasan teori berkenaan dengan pendidikan Islam khususnya pendidikan anak-anak. Walau bagaimanapun penulis tidak melupakan juga untuk memperkatakan beberapa perkara yang berhubung dengan pendidikan seperti definisi, konsep, matlamat dan fungsi serta pelaksanaan pendidikan Islam. Dan akhir sekali dalam bab kedua ini penulis memokuskan perbincangan kepada pendidikan anak-anak di dalam Islam yang mencakupi matlamat pendidikan anak-anak dan bidang-bidang pendidikan yang sepatutnya diambil berat oleh para ibu bapa. Di dalam bab ketiga pula penulis membicarakan secara khusus tentang metodologi atau metode yang digunakan oleh penulis dalam menyiapkan kajian ini. Di dalan kajian ini penulis menggunakan beberapa metode iaitu metode penentuan subjek, metode pengumpulan data dan metode analisa data. Di samping itu penulis juga menjelaskan definisi setiap metode yang di gunakan. Di dalan bab keempat, penulis membuat analisa dan penelitian terhadap sampel-sampel yang dipilih. Setelah itu penulis membuat perbandingan di antara kedua-dua bentuk institusi pendidikan ini. Dan akhirnya penulis membentangkan hasil penyelidikannya dalam bentuk perbandingan yang didapati di antara keduanya. Akhirnya dalam bab kelima, penulis membuat kesimpulan terhadap hasil yang diperolehi dari penyelidikan ini. Ianya di perlihatkan dalam bentuk kesan pendidikan prasekolah dan perbandingan di antara kedua-dua bentuk institusi pendidikan prasekolah. Akhir sekali penulis telah mengemukan beberapa saranan yang perlu diambil perhatian dan difikirkan bersama. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Fakulti Ususluddin Akademi Islam Universiti Malaya en_US
dc.subject Final Year Project Papers & Reports en_US
dc.title Pendidikan Prasekolah: Perbandingan Antara Tadika Dan Taski (ABIM) Kajian Di Petaling Jaya en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account