Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh – Sejarah Dan Sumbangannya

Show simple item record

dc.contributor.author Nor Radziah Bt. Jamaluddin
dc.date.accessioned 2021-12-20T02:36:20Z
dc.date.available 2021-12-20T02:36:20Z
dc.date.issued 1991
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28077
dc.description.abstract Nor Radziah bt. Jamaluddin. Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh - Sejarah dan Sumbangannya. Latihan Ilmiah, Kuala Lumpur: Fakulti Usuluddin, Akademi Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia, 1991. Bab Pertama - di dalam bab ini, penulis menyentuh tentang latar belakang masalah iaitu berkenaan dengan asal usul Temerloh, ke luasan dan jumlah penduduknya serta keluasannya. Dalam bab ini juga diceritakan tentang pengenalan umum Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh iaitu dari-segi sejarah awal pembentukannya. Selain dari itu, bab ini juga mengandungi pengertian tajuk, tujuan penulisan, masalah kajian dan sistematika penulisan. Bab Kedua - ia mengandungi landasan teori. Di antara perkara yang digariskan ialah organisani Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh yang merangkumi bahagian ikhtisas dan bahagian pentadbiran. Ia juga menerangkan tentang sistem pendidikan dan sistem peperiksaan yang dijalankan di sekolah ini serta peluang yang diperolehi oleh pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka. Bab Ketiga - bab ini memaparkan tentang perkembangan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh selepas tahun 1967. Ia merangkumi perkembangan dari segi fizikal, iaitu yang berkenaan dengan keluasan tanah, bangunan sekolah, asrama serta padang permainan. Dalam bab ini juga diceritakan tentang perkembangan dari segi bilangan tenaga pengajar, kakitangan sekolah dan pelajar. Ia juga menyentuh tentang bilangan bilik kelas, faktor-faktor yang mendorong pelajar untuk memasuki sekolah ini dan pakaian seragam sekolah. Bab Keempat - bab ini mengandungi laporan penyelidikan dan analisa data. Analisa yang dibuat ialah mengenai keputusan-keputusan peperiksaan bagi melihat sejauhmanakah pencapaian pelajar sekolah ini dalam bidang akademik. Penulis juga membuat analisa tentang kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah ini. Dari sini, penulis membuat rumusan tentang perkembangan sekolah ini serta kemajuannya dalam bidang pelajaran. Dalam bab ini juga penulis memaparkan tentang sumbangan yang telah diberikan oleh sekolah ini kepada pelajar khususnya dan kepada masyarakat umumnya. Bab Kelima - la merupakan bab yang terakhir dalam penulisan ini. Ia mengandungi kesimpulan terhadap kajian yang dilakukan, saranan-saranan untuk memajukan sekolah ini khususnya dalam bidang akademik dan penutup. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Fakulti Usuluddin Akademi Islam Universiti Malaya en_US
dc.subject Final Year Project Papers & Reports en_US
dc.title Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh – Sejarah Dan Sumbangannya en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account