Konsep Bangsa Pilihan (Bani Israel) Menurut Al-Quran

Show simple item record

dc.contributor.author Noor Lihana Bt. Abd. Karim
dc.date.accessioned 2021-12-19T08:08:39Z
dc.date.available 2021-12-19T08:08:39Z
dc.date.issued 1998
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28067
dc.description.abstract Noor Lihana Bt. Abd. Karim: Konsep Bangsa Pilihan (Bani Israel) Menurut Al-Quran. Kertas Projek: Kuala Lumpur: Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1997/1998. Bangsa pilihan dilihat suatu perkara yang amat mulia dan tinggi di sisi Allah ‘Azza wa jalla. Ini kerana bangsa yang dikenali sebagai bangsa pilihan Tuhan mempunyai kedudukan, kelebihan dan ketinggian darjat berbanding bangsa lain di dunia ini yang berasaskan kasih saying Tuhan. Dengan kelebihan tersebut, bani Israel dipilih untuk memikul tanggungjawab bagi menguasai dunia dan meletakkannya di bawah satu penguasaan. Konsep ini dimanipulasikan dalam segala tindakan dan tingkah laku yang menjurus kepada penonjolan bangsa Yahudi. Nas-nas yang terdapat di dalam kitab suci bani Israel telah menjadi dorongan kepada bani Israel untuk meletakkan diri mereka sebagai bangsa pilihan Tuhan, apatah lagi dengan penderitaan atau sejarah hitam yang mereka lalui dalam peristiwa exodus san exile. Berdasarkan daripada kajian, penulis dapati bahawa nas-nas yang terdapat di dalam Old Tastement, Talmud dan Protokol Zionis adalah titik tolak yang utama terhadap lahirnya konsep bangsa pilihan Tuhan. Walaupun mereka mempunyai landasan akidah yang suci iaitu mengesakan Allah tetapi sikap mereka telah menyebabkan konsep bangsa pilihan ini tidak seperti yang asal berasaskan kepada ketauhidan dan ketakwaan yang meletakkan mereka adalah sama. Menurut bani Israel bangsa piplihan Tuhan adalah identiti kepada pengekalan bangsa dan agama Yahudi. Secara keseluruhannya, perbincangan yang meliputi akidah dan pemikiran bani Israel ini jelas meberi kesan terhadap tindakan bani Israel pada masa ini. Al-Quran sendiri telah menjelaskan ciri-ciri umat pilihan yang sebenar, iaitu mengamalkan prinsip amar ma’ruf, nahi mungkar dan bertaqwa kepada Allah dengan memperbanyakkan amal soleh. Doktrin ini akan menjadi kesinambungan kepada bani Israel sekiranya mereka mentaati perintah Allah dan Rasulullah s.a.w. Bagaimana sikap bani Israel sendiri yang telah meletakkan bangsa mereka jauh daripada syariat Allah. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa doktrin yang diamalkan ini lebih mengikut perasaan, fanatic kepada bangsa, egoistik dan individualistik, walaupun frekuensi mereka minoriti. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 1998 en_US
dc.subject Final Year Project Papers & Reports en_US
dc.title Konsep Bangsa Pilihan (Bani Israel) Menurut Al-Quran en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account