Teori Politiki: Suatu Kajian Perbandingan Antara Plato Dan Aristotle

Show simple item record

dc.contributor.author Yaman B. Towpek
dc.date.accessioned 2021-12-19T02:37:41Z
dc.date.available 2021-12-19T02:37:41Z
dc.date.issued 1992
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28063
dc.description.abstract Skripsi ini dinamakan "Yaman B. Towpek: Teori Politik Suatu Kajian Perbandingan Antara Plato Dan Aristotle'. Objektif utama tulisan ini ialah dan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk mendapat Sarjana Muda Usuluddin sesi 1991/92. Skripsi ini mengandungi lima ialah bab. Bab Pertama ialah bab pendahuluan. Dalam bab ini, penulis membicarakan tentang latar belakang masalah yang berkaitan dengan penggunaan istilah-istilah ‘Greek’, ‘Greece’, 'Yunani, dan 'al-Yunaniy’. Di samping itu, penulis membahaskan juga aspek-aspek geografi dan sosio-politik Greek. Seterusnya, penulis menerangkan pengertian setiap perkataan dan frasa yang terkandung dalam tajuk skripsi ini. Untuk mencapai tujuan penyelidikannya, penulis menetapkan skop dan menentukan metodologi penyelidikannya. Bab ini diakhiri dengan sinopsis susunan penulisan skripsi ini. Bab Kedua ialah landasan teori. Dalam bab ini, penulis membahaskan empat istilah yang kerap dibicarakan dalam perbincangan politik iaitu 'Sains Politik’, ‘Falsafah Politik', ‘Teori Politik’ dan 'Ideologi Politik'. Perbahasan ini meliputi definisi, batasan, sasaran, fokus atau pusat pemerhatian, kedudukan, skop atau, lingkungan, pendekatan dan metode istilah-istilah tersebut. Bab ketiga ialah bab teori politik Plato dan Aristotle. Bab ini merupakan bab terpenting dalam skripsi ini kerana ia mengandungi banyak pendapat Plato dan Aristotle. Dalam bab ini, penulis membicarakan tentang biografi mereka, buku karya mereka iaitu Republic Plato dan Politics Aristotle dan teori-teori politik mereka yang meliputi kenegaraan, kewarganegaraan, pemerintahan, undang-undang dan perlembagaan. Bab Keempat ialah bab perbandingan. Bab ini juga merupakan bab yang penting kerana ia mengandungi banyak pendapat dan analisis penulis. Dalam bab ini, penulis membandingkan teori-teori politik Plato dan Aristotle dengan mengambilkira persamaan dan perbezaan antara pendapat mereka. Penulis membahagikan perbandingannya kepada dua perbandingan iaitu perbandingan bebas dan perbandingan berpandu. Perbandingan bebas adalah berdasarkan faktor-faktor persamaan dan perbezaan. Manakala perbandingan berpandu pula adalah berdasarkan faktor-faktor kenegaraan, kewarganegaraan, pemerintahan, undang-undang dan perlembagaan. Di samping itu, penulis mengemukakan pendapatnya tentang keadaan dan kedudukan teori politik Plato dan Aristotle pada masa kini, terutama sekali di Malaysia. Bab Kelima atau bab terakhir ialah bab penutup. Dalam bab ini, penulis menutup laporan penyelidikannya dengan membuat beberapa kesimpulan bagi penyelidikannya. Di samping itu, penulis juga mengemukakan beberapa saranan yang perlu difikir dan diambil tindakan. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Fakulti Usuluddin Akademi Islam Universiti Malaya en_US
dc.subject Final Year Project Papers & Reports en_US
dc.title Teori Politiki: Suatu Kajian Perbandingan Antara Plato Dan Aristotle en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account