Beberapa Permasalahan Di Dalam Perpaduan Ummah: Satu Tinjauan Di Negeri Kedah Darul Aman

Show simple item record

dc.contributor.author Zakiah Bt Abd Rahman
dc.date.accessioned 2021-12-16T01:58:53Z
dc.date.available 2021-12-16T01:58:53Z
dc.date.issued 1990
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28057
dc.description.abstract Soal perpaduan ummah merupakan soal pokok yang amat penting sekali bagi menentukan masa hadapan dan survival umat Islam. Ia merupakan nadi kekuatan ummah. Setengah orang beranggapan bahawa soal perpaduan ummah tidak begitu penting. Pada tanggapan mereka perpecahan ummah adalah lumrah alam. Ada setengahnya pula sengaja menimbulkan isu-isu tertentu walaupun mereka tahu itu akan membawa kepada perpecahan ummah. Yang diutamakan oleh mereka ialah populariti dan sanjungan oleh golongan tertentu. Tindakan seperti ini jelas terkeluar dari prinsip-prinsip pokok dan ajaran Islam yang menyarankan agar sentiasa bersatu padu dan melarang berpecah-belah. Negeri Kedah merupakan tempat tumpuan penyelidikan yang penulis lakuken dan bertepatan pula dengan negeri kediaman penulis. Objektif utama penyelidikan ini dilakukan ialah untuk menyedarkan umat Islam di negeri ini betapa perlunya perpaduan di kalangan mereka. Di samping itu juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor perpecahan ummah yang sedang meruncing di kalangan mereka dewasa ini. Melalui kajian yang telah dilakukan penulis mendapati masyarakat pada umumnya menanggapi permasalahan perpecahan yang sedang melanda mereka. Semua mereka mengemukakan komentar yang baik untuk mengatasi berleluasanya permasalahan ini. Seterusnya memeranginya hingga ke akar umbi. Hasil dari penyelidikan menunjukkan bahawa: 1. Umat Islam di negeri Kedah masih belum lagi bersatu padu dalam ertikata yang sebenarnya sebagaimana yang disarankan oleh Allah dan RasulNya. 2. Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) selaku sebuah badan yang bertanggungjawab ke atas umat Islam di negeri ini telah melaksanakan beberapa program kerohanian dan kemasyarakatan yang boleh membiimbing umat ke arah perpaduan sejagat. 3. Para pemimpin atasan, alim-ulama’, ahli politik, para cendiakawan dan para pelajar perlu memainkan peranan yang aktif untuk mengislahkan masyarakat. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Fakulti Usuluddin Akademi Islam University Malaya en_US
dc.subject Final Year Project Papers & Reports en_US
dc.title Beberapa Permasalahan Di Dalam Perpaduan Ummah: Satu Tinjauan Di Negeri Kedah Darul Aman en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account