Konsep Tilawah Dan Qiraah Dalam Al-Quran: Satu Penelitian

Show simple item record

dc.contributor.author Mohamad Zaki Bin Abdul Hamid
dc.date.accessioned 2021-11-15T08:25:54Z
dc.date.available 2021-11-15T08:25:54Z
dc.date.issued 2018
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/27981
dc.description.abstract Al-Quran adalah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW untuk dibaca, difahami dan diamalkan. Namun begitu, ramai yang belum menguasainya dan kurang faham apa fungsi dan kehendak dari tiliwah al-Quran. Kajian ini telah dilakukan untuk mengetahui apakah konsep tilawah yang sebenar, apakah maksud, perkaitan dan tafsiran ulama berkait perkataan "tala"dan "qaraa" yang di sebut di dalam al-Quran. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti konsep tilawah serta perkara yang berkaitan dengannya, mengkaji secara tematik perkaitan "tala" dan "qaraa" bagi merungkai perkataan-perkataan tersebut merangkumi "asbab al-nuzul", tafsiran ulama dan perkaitan antara ayat-ayat bersangkutan. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif dalam bentuk analisis dokumen dengan menjalankan "Library Research" terhadap penulisan kitab-kitab tafsir dan karya karya ulama' serta kajian ilmiah berkenaan tilawah al-Quran dan kajian ayat-ayat al-Quran dengan menggunakan "Kaedah Tafsir Maudhui" atau "Tematik". Kajian ini amat penting untuk membantu masyarakat Islam, para pelajar serta mereka yang membaca dan mengkaji al-Quran. Hasil kajian ini mendapati pelbagai takrif telah diberikan oleh ulama berkaitan al-Quran dari segi bahasa dan istilah, dari segi bahasa dibahagikan kepada dua kata dasar berbeza iaitu "qorona" dari kata "al-qarnu" atau "qarinah" serta "Qaraa" dengan makna "tala", begitu juga para ulama telah memberi pelbagai takrifan dari segi istilah berkaitan takrif al-Quran dengan dalil, hujjah dan huraian yang pelbagai. Kalimah "tala" dan "qaraa mempunyai maksud yang hampir sama tetapi jika diteliti terdapat perincian berlainan bagi kedua kalimah ini. Secara keseluruhannya, kajian ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan, seterusnya di cadangkan usaha yang kolektif, konsisten dan bermodul oleh semua pihak perlu diperingkatkan agar al-Quran dapat difahami dan dikuasai dengan baik demi mencapai kejayaan yan hakiki di dunia dan diakhirat. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) en_US
dc.subject Master en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.subject Kulliyyah of Usuluddin and Qur'anic Science en_US
dc.title Konsep Tilawah Dan Qiraah Dalam Al-Quran: Satu Penelitian en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account