Impak Penubuhan Sekolah Zakat Terhadap Perkembangan Pendidikan Anak-Anak Asnaf Di Kedah

Show simple item record

dc.contributor.author Azizah Othman
dc.contributor.author Mohd Adil Mustaffa
dc.contributor.author Mohd Khairi Ishak
dc.date.accessioned 2020-10-18T13:42:12Z
dc.date.available 2020-10-18T13:42:12Z
dc.date.issued 2020-10
dc.identifier.isbn 978-967-0405-52-0
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/13671
dc.description.abstract Pendidikan dalam Islam sangat penting kerana ayat al-Quran pertama kali diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah surah al-‘Alaq ayat satu hingga lima. Proses untuk mencapai pendidikan yang baik memerlukan dana kewangan yang tinggi dan tidak semua orang yang mampu, terutamanya golongan asnaf fakir dan miskin. Kemiskinan harta yang digabungkan dengan kemiskinan jiwa sangat merbahaya kerana dapat mendorong individu tersebut cepat putus asa dan hidup dalam kekecewaan. Zakat sebagai instrumen yang menjamin keadilan sosial dalam masyarakat dapat berperanan aktif dan efisyen untuk membantu keluarga yang miskin. Tidak adil membiarkan orang miskin terus hidup dalam kemiskinan harta benda, kerana sumbangan kepada institusi kewangan Islam dapat memberi harapan kepada asnaf untuk mengubah status kehidupan, terutama melalui bantuan pendidikan. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti peranan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam membantu pelajarpelajar asnaf fakir dan miskin dengan penubuhan Sekolah Zakat. Sekolah Zakat melibatkan tiga buah sekolah iaitu Maahad Dini Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Maahad Dini Sultan Abdul Halim, Sik dan Pondok Moden Zakat Kedah. Kesemua sekolah zakat ini dibiayai sepenuhnya oleh LZNK. Metodologi kualitatif dilakukan dengan menemu bual informan yang berkaitan dengan isu yang dikaji dan meneliti dokumen-dokumen yang relevan dengan kajian. Penubuhan Sekolah Zakat telah memberikan manfaat kepada hampir 439 orang pelajar. Mereka ini ditaja 100% pengajian mereka termasuk yuran asrama, yuran pengajian, buku-buku dan yuran makan.Kajian juga mendapati pelajar Sekolah Zakat dapat belajar dengan selesa dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya. Kajian turut mencadangkan agar LZNK menyediakan wang poket dan wang tambang untuk pelajar pulang ke kampung serta turut melihat nutrisi yang sihat untuk anak-anak asnaf. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) en_US
dc.subject Zakat Pendidikan, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Sekolah Zakat, Asnaf fakir dan miskin, Fisabilillah en_US
dc.title Impak Penubuhan Sekolah Zakat Terhadap Perkembangan Pendidikan Anak-Anak Asnaf Di Kedah en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account