YBhg Dato’ Mursyid DiRaja Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad

YBhg Dato’ Mursyid DiRaja Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad

 

YBhg Dato’ Mursyid DiRaja Dato’ Paduka Sheikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad dilahirkan di Kampung Hutan Palas, Kodiang, Kedah pada tahun 1947. Bapanya, Syeikh Ahmad merupakan seorang guru agama yang mempunyai pusat pengajian Islam berorientasikan pondok bernama Sekolah Islam Nahdhah Wataniah dan sekarang ini dikenali sebagai Maktab Pengajian Islam Kedah (M.P.I.K). Manakala ibunya seorang surirumah yang sangat menitik-beratkan pendidikan Islam kepada anak-anaknya. Syeikh Baderudin merupakan anak ketiga daripada enam orang adik-beradik yang kesemuanya adalah lelaki. Beliau berkahwin dan dianugerahkan Allah empat orang anak lelaki dan tiga perempuan. Pendidikannya bermula di Sekolah Kebangsaan Kodiang sehingga tahun empat sebelum meneruskan pengajian dalam aliran agama di sekolah bapanya. Manakala pengajian menengahnya bermula di sekolah menengah Agama Alawiah, Arau dan Qismu Tafaqquh Fiddin di Kelantan. Selama enam tahun, beliau mendalami ilmu agama di Masjid Muhammadi, Kelantan sebelum meneruskan pengajian di peringkat ijazah di Pusat Ilmu Nahdatul Ulama, India selama tiga tahun dalam bidang Hadis dan Tafsir. Kesungguhan beliau dalam bidang ilmu Hadis dan al-Quran diteruskan di Universiti al-Azhar, Mesir selama 8 tahun..

Recent Submissions