Pilihan Raya : Hak Pengamal Demokrasi Berparlimen di Malaysia

Show simple item record

dc.contributor.author Hadijah Johari
dc.date.accessioned 2019-05-09T07:10:43Z
dc.date.available 2019-05-09T07:10:43Z
dc.date.issued 2019-04
dc.identifier.citation Pilihan Raya : Hak Pengamal Demokrasi Berparlimen di Malaysia en_US
dc.identifier.isbn 978-967-2122-71-5
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/11974
dc.description.abstract “Mari Mengundi” slogan yang sinonim didengar setiap lima tahun sekali. Hakikatnya, pilihan raya tidak boleh dipisahkan dengan sistem demokrasi di rantau ini khususnya anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang terdiri daripada 10 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam, Laos, Kemboja, Myanmar, Brunei, Thailand, Singapura dan Filipina yang pernah menikmati sesuatu yang dianggap oleh saintis politik Amerika Syarikat, Samuel Huntington sebagai ‘gelombang pendemokrasian ketiga’. Namun, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah sebanyak 82.32 peratus yang melibatkan seramai 12,229,514 orang daripada 14,940,624 pengundi yang berdaftar sahaja. Ternyata terdapat seramai 2,711,110 orang atau 17.68 peratus pengundi didapati gagal menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengamal demokrasi di Malaysia yang secara tidak langsung membibitkan kerapuhan amalan demokrasi di Malaysia. Sehubungan itu, artikel ini sebagai kertas konsep yang membicarakan hak-hak pengamal demokrasi meliputi hak memilih perwakilan, hak membentuk kerajaan, hak menyokong kerajaan, hak mengekalkan kerajaan dan hak menukar kerajaan. Sumber sekunder merupakan metod yang digunapakai dalam perbincangan ini terdiri daripada kaedah kepustakaan, rujukan atas talian, data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan hasil kajian-kajian yang lepas. Analisis kajian berdasarkan metod yang dipilih menunjukkan bahawa kesedaran rakyat sebagai pengamal demokrasi masih perlu disebarluaskan apabila peratus keluar mengundi setiap kali pilihan raya diadakan mencatatkan kadar turun naik. Hasil kajian ini dapat memberi kefahaman secara jelas kepada seluruh warganegara yang telah mendaftar tentang tanggungjawab membuang undi pada setiap kali pilihan raya diadakan. Demi untuk memperkasakan dan menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia, dicadangkan agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan kempen kesedaran daftar pemilih dan memperkenalkan pendaftaran secara automatik warga Malaysia yang berusia 21 tahun. Kata kunci : Demokrasi Berperliman, Pilihan raya, Hak pengamal demokrasi en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Pusat Pengajian Teras Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. en_US
dc.relation.ispartofseries PERSIDANGAN ANTARABANGSA SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN 2019 (PASAK4 2019);Jilid 3
dc.subject Pilihan Raya : Hak Pengamal Demokrasi Berparlimen di Malaysia en_US
dc.subject Researchers
dc.title Pilihan Raya : Hak Pengamal Demokrasi Berparlimen di Malaysia en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account