[2018] Biografi Ulama Malaysia Tuan Hussain Kedah : Penggiat Sistem Pengajian Pondok di Malaysia

[2018] Biografi Ulama Malaysia Tuan Hussain Kedah : Penggiat Sistem Pengajian Pondok di Malaysia

 

Program bicara karya biografi ulama Malaysia merupakan kegiatan gerakan membaca anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dan DBP Wilayah Utara bersempena Hari Literasi Sedunia yang bertujuan untuk memberi galakan dan memupuk minat membaca kepada masyarakat. Program tersebut selaras dengan hasrat YB Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik untuk menggiatkan budaya membaca melalui Kempen Membaca Kebangsaan dan memenuhi keperluan Dekad Bahasa Kebangsaan. Melalui program ini peserta berpeluang menghayati perjuangan seorang tokoh ulama Kedah yang dikenali sebagai Tuan Hussain Kedah berdasarkan sebuah buku yang berjudul Biografi Ulama Malaysia: Tuan Hussain Kedah: Penggiat Sistem Pengajian Pondok di Malaysia yang membincangkan tentang pemikiran dan perjuangan Tuan Hussain Kedah. Program dihadiri oleh para pensyarah, pelajar dan kakitangan pentadbiran UniSHAMS.

Recent Submissions

  • Muhammad Mustaqim bin Mohd Zarif, Prof Madya Dr. (Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Cawangan Kedah., 2018-09-18)
    Hussain Nasir ibn Muhammad Taib al-Mas‘udi al-Banjari atau lebih dikenali sebagai Tuan Hussain Kedah (m. 1935) merupakan antara ulama Kedah yang terkemuka dan termasyhur pada awal abad ke-20 Masihi. Ketokohannya dalam ...
  • Mohd Nasir Ayub, Dr. (Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Cawangan Kedah., 2018-09-18)
    Sejarah kebangkitan umat Islam berkait rapat dengan budaya ilmu yang diamalkan. Islam menganjurkan kepada budaya ilmu yang cemerlang. Umat Islam akan bangkit dan setanding dengan bangsa-bangsa yang lain sekiranya mengamalkan ...
  • Ahmad Yumni Bin Abu Bakar (Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Cawangan Kedah., 2018-09-18)
    Kertas kerja ini membincangkan perpindahan ulama Banjar ke Kedah dan latar belakang Syeikh Muhammad Taib. Selain itu, dibincangkan mengenai biografi tokoh secara terperinci yang merangkumi salasilah keturunan Tuan Hussain ...