Conference / Workshop
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/8684
2024-03-29T13:34:10ZMelestarikan Maqasid Al-Shariah Terhadap Kemahiran Insaniah Dalam Pengajaran Kursus Kokurikulum
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/11996
Melestarikan Maqasid Al-Shariah Terhadap Kemahiran Insaniah Dalam Pengajaran Kursus Kokurikulum
Hadijah Johari; Anas Suzastri Ahmad
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap dan perbezaan kemahiran insaniah dari segi faktor komunikasi, kerja berkumpulan, etika dan moral dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum di sebuah IPT berteraskan Islam. Kajian ini merupakan kelangsungan dakwaan kurangnya penekanan diberikan untuk menyemak kewujudan kandungan maqasid Syariah dan ruhnya dalam sistem pendidikan terutamanya yang melibatkan aplikasi kemahiran insaniah secara khusus dalam kursus kokurikulum. Kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik yang mengandungi empat konstruk kemahiran insaniah. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 responden dengan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah alpha = 0.889. Sampel kajian terdiri daripada 136 orang pelajar ijazah sarjana muda kursus kokurikulum yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif (min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan) dan inferensi (analisis ujian-t) dengan menggunakan aplikasi SPSS v23. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran insaniah pelajar kursus kokurikulum secara keseluruhannya tinggi iaitu min 3.69, dengan kemahiran etika dan moral merupakan faktor paling dominan (min 3.72) berbanding kemahiran insaniah yang lain.Dapatan analisis ujian-t menunjukkan bahawa secara statistiknya tidak terdapat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan gender berdasar kursus kokurikulum yang dipilih oleh pelajar. Kemahiran insaniah secara amnya perlu diterapkan dalam semua bidang pengajian di IPT khususnya dalam kursus kokurikulum kerana terdapat panduan jelas mengenai kerangka maqasid Syariah dalam sistem pendidikan malah ia boleh menjadi panduan kepada sektor pendidikan supaya terbina di bawah maqasid Syariah dan ruhnya.
2018-12-01T00:00:00ZPenerokaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kursus Kokurikulum
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/11985
Penerokaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kursus Kokurikulum
Hadijah Johari; Anas Suzastri Ahmad; ‘Adlina Abdul Khalil; Sharifah Azizah Syed Sahil
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap dan perbezaan kemahiran insaniah dari segi faktor komunikasi, kerja berkumpulan, etika dan moral dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum di sebuah IPT berteraskan Islam. Kajian ini merupakan kelangsungan permasalahan dan isu pengangguran, persaingan dan kebolehpasaran lepasan siswazah. Kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi 26 item dari empat konstruk kemahiran insaniah. Kajian rintis menggunapakai 30 orang pelajar menunjukkan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah pada tahap α = 0.89. Sampel kajian terdiri daripada 166 orang pelajar ijazah sarjana muda yang mengikuti kursus kokurikulum yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif (min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan) dan inferensi (analisis ANOVA Satu-Hala) dengan menggunakan aplikasi SPSS v22. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran insaniah pelajar kursus kokurikulum secara keseluruhannya tinggi dengan kemahiran etika dan moral merupakan faktor paling dominan, manakala min kursus kokurikulum paling tinggi dari unit kesenian islam iaitu kursus Marhaban. Dapatan analisis ANOVA Satu Hala menunjukkan bahawa secara statistiknya tidak terdapat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan gender dan kursus kokurikulum. Pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum di IPT berteraskan islam telah melalui penerapan nilai-nilai KI yang diperlukan berdasarkan konstruk yang dinilai.
Katakunci: Kemahiran insaniah, kokurikulum
2016-04-01T00:00:00Z