2019
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/8570
2024-03-29T13:16:30ZKonsep dan Tata cara Penulisan Ilmiah
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/11988
Konsep dan Tata cara Penulisan Ilmiah
Hadijah Johari
Melahirkan insan yang berketrampilan dalam menyampaiakan hujah dan memupuk daya kreativiti mahasiswa melalui perbincangan berdasarkan karya sastera.
2019-03-01T00:00:00ZDunia Kreatif dan Kritikan
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/11987
Dunia Kreatif dan Kritikan
Hadijah Johari
Membimbing mahasiswa supaya lebih memahami dan menghayati ilmu sastera melalui pengaplikasian teori dan pendekatan kajian kesusasteraan.
2019-03-01T00:00:00ZRawatan infertiliti patuh Maqasid Al-Shari’ah dalam novel Cinta In Vitro dari perspektif Teori Takmilah
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/11976
Rawatan infertiliti patuh Maqasid Al-Shari’ah dalam novel Cinta In Vitro dari perspektif Teori Takmilah
Hadijah Johari; Nor Shahida Mohd Shaker
Kajian ini merupakan satu kajian aplikasi teori Takmilah ke atas novel Cinta In Vitro karya Nik Hazlina Nik Hussain. Novel ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2019. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis novel Cinta In Vitro berdasarkan 7 prinsip yang terdapat dalam teori Takmilah dengan bersandarkan kepatuhan terhadap maqasid shariah. Struktur novel ini merungkai kisah sepasang suami isteri yang belum direzekikan zuriat sehingga terpaksa bergelut mencari kesempurnaan hidup berumahtangga tersebut melalui pelbagai cara sama ada kaedah tradisional mahupun moden dan akhirnya berhasil melalui rawatan infertiliti bayi tabung uji atau dkenali sebagai persenyawaan in vitro ( in vitro fertilisation-IVF). Walau bagaimanapun, sebagai seorang muslim yang mentauhidkan Allah maka pencapaian manusia dalam teknologi ini seharusnya mengambil kira terhadap usaha memelihara agama, nyawa, akal, keturunan serta harta kerana perkembangan teknologi seharusnya dilihat daripada pelbagai sudut iaitu sudut keperluan (daruriyyah), kehendak (hajiyyah) dan keselesaan (tahsiniyyah) yang merupakan komponen penting dalam Maqasid Shariah. Justeru, penulisan ini memberi fokus kepada rawatan infertiliti secara umum menurut Maqasid Shariah yang selari dengan prinsip-prinsip Takmilah. Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan bagi membuat analisis kajian. Pengkaji juga turut melayari internet untuk mendapatkan bahan yang berkaitan dengan kajian terutamanya mengenai rawatan infertiliti yang patuh Maqasid Shariah dan teori Takmilah. Berdasarkan penelitian dan analisis penyelidik mendapati bahawa kesemua 7 prinsip teori Takmilah ditemui dalam plot dan sub plot novel ini. 7 prinsip berkenaan ialah ketuhanan yang bersifat Kamal, kerasulan sebagai insan Kamil, keislaman yang bersifat Akmal, ilmu dengan sastera yang bersifat Takamul, sastera yang berciri estetik dan bersifat Takmilah, pengkarya yang mengistikmalkan diri dan khalayak ke arah insan Kamil. Penemuan ketujuh-tujuh prinsip teori Takmilah dalam kumpulan novel yang dikaji membuktikan bahawa novel Cinta In Vitro karya Nik Hazlina Nik Hussain ini padat dengan nilai-nilai keagamaan dan pengajaran serta dapat dikategorikan sebagai hasil karya sastera Islam kerana terdapat eleman-eleman tauhid, Maqasid Shariah, akhlak, kesusasteraan, ilmu kesihatan dan perubatan.
Kata kunci : Teori Takmilah, Rawatan Infertiliti, In vitro fertilisation-IVF, Maqasid Shariah, keperluan (daruriyyah), kehendak (hajiyyah) dan keselesaan (tahsiniyyah)
2019-04-01T00:00:00ZPersepsi terhadap konsep Rukun Negara melalui pengajaran kursus Pengajian Malaysia
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/11975
Persepsi terhadap konsep Rukun Negara melalui pengajaran kursus Pengajian Malaysia
Hadijah Johari; Anas Suzastri Ahmad
Lima prinsip Rukun Negara menjadi pegangan dan asas penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara perlu terus diperkasakan kerana itulah pengikat perpaduan kaum dan
wajib diamalkan bagi membina sebuah negara bangsa yang berdaulat dan disegani. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penghayatan Rukun Negara dan cara terbaik yang boleh diambil dalam usaha menghayati Rukun Negara serta mengkaji hubungan antara kefahaman kepentingan Rukun Negara dengan pengajaran Rukun Negara dalam kalangan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS). Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan data dikumpul melalui soal selidik yang mengandungi 30 item soalan untuk mengukur kepentingan pemahaman Rukun Negara, proses pengajaran Rukun Negara dalam kursus Pengajian Malaysia, penghayatan Rukun Negara dan faktor terbaik mendorong penghayatan Rukun Negara. Seramai 100 orang daripada pelbagai bidang pengajian terlibat dalam kajian ini. Data yang dikumpul dianalisi secara deskriptif menggunakan perisian SPSS version 25 bagi mendapatkan kekerapan dan peratus. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kepentingan pemahaman Rukun Negara dengan pengajaran Kursus Pengajian Malaysia tetapi kecil (r=0.455,p=.000). Pelajar UniSHAMS juga didapati mempunyai tahap penghayatan Rukun Negara agak tinggi (min=5.92.260,sp=.7070). Dapatan kajian juga mendapati bahawa pihak kerajaan merupakan komponen utama yang bertanggungjawab memperkasakan semula Rukun Negara yang menjadi pengikat perpaduan kaum (min=6.12,sp=.924) dan hal ini turut dipersetujui oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (Mingguan Malaysia, 17 Jun 2018). Hakikatnya keperluan kursus Pengajian Malaysia sebagai salah satu modul wajib Universiti di UniSHAMS membuktikan peranan dan fungsinya yang sangat penting dalam memberikan kesedaran akan kepentingan pemahaman dan penghayatan Rukun Negara demi kelestarian sebuah negara yang kukuh teguh oleh akar ideologinya.
Kata kunci : Rukun Negara, pengajaran dan pembelajaran, Pengajian Malaysia
2019-04-01T00:00:00Z