Haslinawati binti Hassan
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/7819
2024-03-28T10:50:51ZAnalisis Psikometrik Skala Grit-S Versi Bahasa Malaysia (Psychometeric Properties of the Malay Language Version of Grit-S Scale)
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28472
Analisis Psikometrik Skala Grit-S Versi Bahasa Malaysia (Psychometeric Properties of the Malay Language Version of Grit-S Scale)
Sharifah Azizah Syed Sahil, Prof. Dr.; Haslinawati Hassan; Nur Hidayu Jaafar
Kajian terdahulu telah mengaitkan Grit iaitu ketekunan dan minat untuk jangka masa panjang, sebagai peramal kepada pencapaian. Skala Grit-S telah dibangunkan untuk mengukur ciri-ciri Grit, namun, skala ini tiada dalam versi Bahasa Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menilai ciri-ciri psikometrik Skala Grit-S versi Bahasa Malaysia yang terdiri daripada lapan item. Seramai 180 orang mahasiswa IPT telah terlibat dalam kajian ini. Kebolehpercayaan instrumen dinilai melalui Cronbach’s Alpha, manakala kedua-dua analisis faktor penerokaan dan pengesahan telah dijalankan bagi mengenal pasti struktur dalaman skala Grit-S. Analisis korelasi pula dibuat untuk mengukur sejauh manakah kesahan diskriminan skala ini dengan skala lain. Dapatan menunjukkan skala ini memenuhi ciri-ciri psikometrik yang baik. Ujian kebolehpercayaan instrumen menunjukkan indeks yang boleh diterima manakala analisis pengesahan faktor menunjukkan model satu jenjang yang mengandungi dua faktor (seperti yang dihipotesiskan) mempamerkan kesepadanan yang baik berbanding model yang lain. Kesahan diskriminan mendapati korelasi negatif antara Grit dengan skala Prokrastinasi sekaligus menghala kepada kajian yang lebih komprehensif antara kedua-dua variabel dengan mengguna pakai sampel daripada IPT dan sekolah. Kesimpulannya, kebolehgunaan skala Grit S versi bahasa Melayu ini telah dibuktikan. Implikasinya, lebih banyak kajian boleh dijalankan dengan mengguna pakai skala ini khususnya dalam konteks pendidikan di Malaysia.
2021-01-01T00:00:00ZKe Arah Kebolehpasaran Graduan : Pertalian Antara Pendekatan Pembelajaran Dengan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar IPT Berteraskan Islam
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/10988
Ke Arah Kebolehpasaran Graduan : Pertalian Antara Pendekatan Pembelajaran Dengan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar IPT Berteraskan Islam
Sharifah Azizah binti Syed Sahil, Prof. Dr.; Haslinawati binti Hassan
Kajian yang dijalankan ini bermatlamat untuk menilai sejauh mana kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar di dua buah IPT berteraskan Islam di Malaysia selain melihat sejauh manakah pendekatan pelajaran pelajar menyumbang kepada kemahiran insaniah setelah dikawal faktor gender. Mengambil pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan, kajian telah mengadaptasi instrumen Revised Approaches to Studying Inventory (RASI) (Duff, 1997) untuk mengukur jenis-jenis pendekatan pembelajaran yang diguna oleh pelajar. Kajian juga mengadaptasi instrumen Course Experience Questionnaire (CEQ) (Wilson & Lizzion, 1997) untuk mengukur kemahiran insaniah selain item soalan yang dibina sendiri oleh pengkaji. Seramai 233 orang pelajar jurusan Pengajian Islam pelbagai cabang telah mengambil bahagian di dalam kajian ini. Menggunapakai persampelan bertujuan, responden terdiri daripada pelajar tahun akhir sahaja. Berdasarkan analisis model persamaan berstruktur, data kajian menunjukkan wujudnya hubungan yang positif antara pendekatan pembelajaran berstrategi dengan kemahiran insaniah. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan negatif antara pendekatan luaran dengan kemahiran insaniah. Hasil kajian juga menunjukkan terdapatnya perbezaan pendekatan pembelajaran dan kemahiran insaniah berdasarkan gender. Kemahiran insaniah pelajar lelaki lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Dapatan kajian menyokong model 3Ps Biggs yang menunjukkan kepentingan proses (pendekatan pembelajaran) ke atas hasil pembelajaran (kemahiran insaniah). Beberapa implikasi kajian juga dibincangkan khususnya dalam konteks kemahiran insaniah agar kebolehpasaran pelajar disiplin Pengajian Islam dapat ditingkatkan.
2018-11-01T00:00:00Z