Yusuf Bin Haji Othman, Dr.
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/532
Director of Centre For Islamic Finance Education And Research (UniSHAMS-CIFER)2024-03-28T17:51:33ZCabaran Covid 19: Literasi Kewangan Peribadi Sebagai Penentu Kesejahteraan Kewangan Dalam Kalangan Usahawan Asnaf Negeri Kedah
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28463
Cabaran Covid 19: Literasi Kewangan Peribadi Sebagai Penentu Kesejahteraan Kewangan Dalam Kalangan Usahawan Asnaf Negeri Kedah
Rafidah Binti Abd Rahman; Yusuf Haji Othman
Kegagalan sesetengah usahawan dalam bidang perniagaan dan kewangan peribadi adalah berpunca daripada kelemahan pengurusan kewangan dan tahap pengetahuan yang tidak memuaskan mengenai amalan tersebut. Kajian awal berbentuk kuantitatif dilakukan dengan mengaplikasikan analisis korelasi dan regrasi bagi mengenalpasti hubungan tekanan kewangan dan literasi kewangan terhadap kesejahteraan kewangan dalam kalangan Usahawan Asnaf di Negeri Kedah. Hasil kajian di harap dapat membantu golongan sasaran untuk melihat kepentingan pengetahuan terhadap literasi kewangan dan elemen tekanan kewangan yang mempunyai pengaruh terhadap kesejahteraan kewangan individu. Kajian ini juga diharap dapat membantu menjayakan konsep anjakan asnaf di negeri Kedah melalui perniagaan.
2021-12-01T00:00:00ZPendedahan Kritis Tentang Teks Al-Futuhat Al-Ilahiyyah oleh Al-'Ujjaily, S. dalam Teks Tafsir Nur al-Ihsan: Satu Kajian
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28448
Pendedahan Kritis Tentang Teks Al-Futuhat Al-Ilahiyyah oleh Al-'Ujjaily, S. dalam Teks Tafsir Nur al-Ihsan: Satu Kajian
Mohd Sholeh Bin Sheh Yusuff, Dr.; Yusuf Haji Othman; Tengku Zawani Tengku Zawawi
Umar, M.S. telah menulis karya berjudul Tafisr Nur al-Ihsan yang merupakan sebuah karya dalam bidang tafsir al-Quran. Untuk mendalami dan memahami ayat-ayat al-Quran, masyarakat telah menggunakan karya ini sebagai rujukan mereka. Namun, beberapa sarjana telah mengkritik karya tafsir Nur al-Ihsan ini kerana mereka beranggapan bahawa Umar, M.S. semata-mata menggunakan pandangannya sendiri ketika mentafsirkan al-Quran. Hal seperti ini menyebabkan masyarakat menjadi keliru dengan kesahihan tafsiran yang dibuat olehnya. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini tertumpu kepada mengkaji dan mengesan sumber-sumber rujukan yang berasaskan daripada karya al-Futuhat al-Ilahiyyah oleh al-'Ujjaily, S. yang digunakan oleh Umar M.S. dalam Tafsir Nur al-Ihsan, disamping mendedahkan bagaimana rujukan tersebut diolah.
2021-12-30T00:00:00ZKesan Karya Anwar Al-Tanzil Wa Asrar Al-Takwil Terhadap Penulisan Teks Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Pendedahan
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28447
Kesan Karya Anwar Al-Tanzil Wa Asrar Al-Takwil Terhadap Penulisan Teks Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Pendedahan
Mohd Sholeh Bin Sheh Yusuff, Dr.; Yusuf Haji Othman; Tengku Zawani Tengku Zawawi
Para Ulama Melayu Nusantara telah bergiat cergas dalam menghasilkan karya dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Bidang-bidang tersebut seperti akidah, tasawuf dan tafsir al-Quran. Salah satu karya yang ditulis dalam bidang tafsir al-Quran tersebut ialah Tafsir Nur al-Ihsan yang dihasilkan oleh Umar, M.S. Karya ini menjadi rujukan secara meluas oleh masyarakat dalam memahami isi kandungan al-Quran. Walaupun begitu, hasil tinjauan pengkaji didapati terdapat pengkaji terdahulu yang berpendapat bahawa pengarang karya ini tidak menggunakan sumber-sumber rujukan yang muktabar ketika menghuraikan fakta-fakta berkaitan al-Quran, sedangkan bacaan awal didapati pengarang sebenarnya tidak menggunakan pendapatnya sendiri ketika mentafsirkan al-Quran dalam karyanya itu, bahkan banyak karya-karya rujukan muktabar yang beliau rujuk. Oleh sebab karya ini masih dirujuk oleh masyakarat maka satu usaha pemurnian harus dilakukan.
2021-12-30T00:00:00ZPendekatan Genetik Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Kritikan Terhadap Karya Al-Jami’ Al-Ahkam Al-Quran
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28446
Pendekatan Genetik Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Kritikan Terhadap Karya Al-Jami’ Al-Ahkam Al-Quran
Mohd Sholeh Bin Sheh Yusuff, Dr.; Yusuf Haji Othman; Tengku Zawani Tengku Zawawi
Ulama Melayu Nusantara telah bergiat cergas dalam menghasilkan karya dalam pelbagai bidang pengajian Islam seperti fiqah, hadith dan tafsir alQuran. Salah satu karya yang ditulis dalam bidang tafsir al-Quran tersebut ialah Tafsir Nur al-Ihsan yang dihasilkan oleh Umar, M. S. Karya ini menjadi rujukan secara meluas oleh masyarakat dalam memahami isi kandungan alQuran. Walaupun begitu, didapati terdapat pengkaji-pengkaji terdahulu yang berpendapat bahawa pengarang karya ini tidak menggunakan sumber-sumber rujukan yang muktabar ketika menghuraikan fakta-fakta berkaitan al-Quran sedangkan bacaan awal pengkaji mendapati pengarang sebenarnya tidak menggunakan pendapatnya sendiri ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran, bahkan banyak karya-karya rujukan muktabar yang beliau rujuk. Oleh sebab karya ini masih dirujuk oleh masyarakat maka satu usaha pemurnian harus dilakukan. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dan mengesan sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh Umar, M. S dalam Tafsir Nur al-Ihsan, di samping pengkaji mendedahkan bagaimana rujukanrujukan tersebut diolah dengan menggunakan pendekatan genetik yang diperkenalkan oleh Goldman. Menerusi pendekatan ini, semua sumber rujukan yang digunakan daripada al-Jami’ al-Ahkam al-Quran oleh Al-Qurtubi, A. A. B. didedahkan. Kajian memperlihatkan bahawa pengarang Tafsir Nur al-Ihsan telah mengambil lima pendekatan ketika mengolah teks dari karya yang beliau rujuk itu iaitu; teks dinukil secara tepat dan selari dari karya al-Jami’ al-Ahkam al-Quran, pengarang menukil teks secara abstrak daripada karya tersebut, pengarang menghilangkan beberapa perkataan dari teks yang dirujuk sebelum dimuatkan dalam Tafsir Nur al-Ihsan, pengarang menambah huraian dan penjelasan terhadap teks yang dinukil, serta pengarang menafikan sebahagian teks yang dirujuk. Pengkaji mendedahkan bahawa Umar, M. S. merujuk alJami’ al-Ahkam al-Quran ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan bertujuan mengukuhkan karyanya. Oleh itu, beliau berjaya berbuat demikian apabila teks yang dirujuk bertepatan dengan teks dalam karyanya. Namun, di tempattempat tertentu terdapat teks Tafsir Nur al-Ihsan yang bertentangan dengan teks al-Jami’ al-Ahkam al-Quran. Hal ini membuatkan tafsiran beliau pada bahagian ini meragukan.
2021-12-01T00:00:00Z