Degree
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/303
2024-03-28T12:14:58ZSwiss-Inn Hotel Kiosk
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28090
Swiss-Inn Hotel Kiosk
Muhammad Asyraf Bin Noor Izaham
The project entitled "Swiss-Inn Hotel Kiosk" is kiosk application. This is created for hotel infrastructure consists a lot of information about the hotel, rooms and etc. This kiosk system developed by using Adobe Flash CS6.
The project objective is to develop Swiss-Inn Hotel Kiosk for user especially customers. This project applied visualization in order to help customers to find their location accurately and fast. Therefore, this project objective is to test the effectiveness of the Swiss-Inn Hotel Kiosk. It used functional testing, user feedback and overall testing to test users whether it is effectiveness or otherwise.
Swiss-Inn Hotel Kiosk is available in multimedia elements such as graphic, text, audio and interactive video that make users excited to use it. This system is developed in the form of format (.dwf) file, which allows the system to run the kiosk
Keywords: SWISS-INN HOTEL KIOSK, Location, Asking centre, Permission
2019-01-01T00:00:00ZKonsep Ketuhanan Menurut Al-Kindi
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28089
Konsep Ketuhanan Menurut Al-Kindi
Zawiyah Binti Ismail
Zawiyah Binti Ismail. Konsep Ketuhanan Menurut Al-Kindi. Kertas Projek bagi melengkapi syarat memperolehi Sarjana Muda Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1989.
Ketuhanan merupakan suatu perkataan yang amat luas pengertiannya. Manusia mula mencari Tuhan sejak ia diwujudkan, oleh itu tidak hairanlah sebelum kedatangan Islam, manusia menyembah objek-objek yang dapat dilihat seperti matahari dan patung sebagai Tuhan mereka. Setelah Islam datang membasmikan kepercayaan-kepercayaan khurafat tersebut, ia telah dapat membawa manusia dari jalan yang gelap kepada jalan yang terang. Rasulullah s.a.w. sebagai utusan Allah telah berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan ajaran yang mulia ini. Aspek yang berhubung dengan perkara-perkara mengenai aqidah adalah diberi penekanan utama kerana menerusi aqidah dan keimanan yang teguh dan mantap, umat Islam tidak mudah diselewengkan.
Dalam penulisan Kertas Projek ini, penulis telah mengkhususkan bidang ketuhanan itu menurut tinjauan al Kindi.
Adapun masalah yang menjadi pokok perbincangan dalam Kertas Projek ini ialah:
1. Bagaimanakah latar belakang kehidupan al-Kindi.
2. Bagaimanakah sumbangan al-Kindi dalam bidang ilmu pengetahuan.
3. Apakah yang sebenarnya konsep ketuhanan menurut al-Kindi, apakah ia hanya bertaqlid terhadap pemikiran falsafah Yunani atau bagaimana, inilah yang sebenarnya yang ingin diselidiki.
Umumnya orang tidak begitu mengenali al-Kindi, tetapi mereka lebih mengenali al-Farabi yang terkenal dengan gelaran "al-Mua'lim al-Thani" (Guru Kedua). Nama al-Farabi begitu disanjung tinggi dalam konteks perkembagan falsafah Islam khasnya dan pemikiran Islam amnya. Namun begitu al-Kindilah orang yang memainkan peranan yang sebenarnya dalam memperkenalkan alam pemikiran falsafah di kalangan umat Islam, khususnya umat Arab. Oleh yang demikian, sudah sewajarnya tokoh al-Kindi ini ditengahkan supaya namanya tidak terus hilang di tengah kemasyuran al-Farabi dan failasuf yang lain.
1989-01-01T00:00:00ZPERKAYA: Sejarah Dan Sumbangannya Terhadap Pendidikan Anak Yatim Di Terengganu
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28088
PERKAYA: Sejarah Dan Sumbangannya Terhadap Pendidikan Anak Yatim Di Terengganu
Rohani Binti Hasan
Penulis telah memilih tajuk "PERKAYA: Sejarah dan sumbangannya terhadap pendidikan anak yatim di Terengganu" sebagai tajuk latihan ilmiah. Kajian ini dibahagikan kepada lima bab. Bab partama, memaparkan pendahuluan, latar belakang masalah, pengenalan umum tentang PERKAYA, pengertian tajuk, rumusan masalah, tujuan penyelidikan, masalah kajian, metodologi dan susunan penulisan.
Bab kedua pula membicarakan tentang pengertian anak yatim, tuntutan berbuat baik terhadap mereka, harta anak yatim , perwalian ke atas diri anak yatim, zakat harta anak yatim, tanggungjawab pendidikan terhadap anak yatim, pendidikan terhadap anak yatim Terengganu dan peranan yang dimainkan oleh PERKAYA serta perhatian dari kerajaan negeri Terengganu terhadap anak yatim.
Dalam bab tiga penulis menjelaskan dengan lebih terperinci lagi tentang penggunaan metododologi di dalam penulisan. Pertamanya penulis memaparkan apakah pengertian metod tersebut. Selepas itu dijelaskan apakah jenis-jenis metod tersebut. Antara metod- metod tersebut ialah metod penentuan subjek, metod pengumpulan data dan metod analisa data dan penulisan.
Manakala dalam bab empat pula penulis membuat laporan atas apa yang diperolehi dari kajian yang dilakukan. Dan akhir sekali dalam bab lima penulis membuat kesimpulan terakhir terhadap apa yang diperolehi hasil dari kajian tersebut. Di samping itu penulis mengutarakan juga saranan-saranan tertentu untuk diambil perhatian.
1992-01-01T00:00:00ZPendidikan Prasekolah: Perbandingan Antara Tadika Dan Taski (ABIM) Kajian Di Petaling Jaya
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28086
Pendidikan Prasekolah: Perbandingan Antara Tadika Dan Taski (ABIM) Kajian Di Petaling Jaya
Halimah Yaacob
Objektif utama latihan ilmiah ini ialah untuk memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang pendidikan anak-anak khususnya pendidikan di peringkat prasekolah di samping cuba untuk meneliti perbandingan yang terdapat di antara tadika yang dianjurkan oleh individu tertentu dengan salah satu badan dakwah yang terdapat di Malaysia.
Dalam bab satu, penulis telah mengemukakan latar belakang masalah, pengertian tajuk, tujuan penyelidikan dan metodologi, iaitu cara yang digunakan di dalam penulisan ini. Dalam memperkatakan pengertian tajuk, penulis banyak menyentuh beberapa perkara yang berkait dengan pendidikan prasekolah seperti falsafah, objektif am dan prinsip-prinsip dalam pendidikan pra sekolah.
Dalam bab kedua, penulis memaparkan satu landasan teori berkenaan dengan pendidikan Islam khususnya pendidikan anak-anak. Walau bagaimanapun penulis tidak melupakan juga untuk memperkatakan beberapa perkara yang berhubung dengan pendidikan seperti definisi, konsep, matlamat dan fungsi serta pelaksanaan pendidikan Islam. Dan akhir sekali dalam bab kedua ini penulis memokuskan perbincangan kepada pendidikan anak-anak di dalam Islam yang mencakupi matlamat pendidikan anak-anak dan bidang-bidang pendidikan yang sepatutnya diambil berat oleh para ibu bapa.
Di dalam bab ketiga pula penulis membicarakan secara khusus tentang metodologi atau metode yang digunakan oleh penulis dalam menyiapkan kajian ini. Di dalan kajian ini penulis menggunakan beberapa metode iaitu metode penentuan subjek, metode pengumpulan data dan metode analisa data. Di samping itu penulis juga menjelaskan definisi setiap metode yang di gunakan.
Di dalan bab keempat, penulis membuat analisa dan penelitian terhadap sampel-sampel yang dipilih. Setelah itu penulis membuat perbandingan di antara kedua-dua bentuk institusi pendidikan ini. Dan akhirnya penulis membentangkan hasil penyelidikannya dalam bentuk perbandingan yang didapati di antara keduanya.
Akhirnya dalam bab kelima, penulis membuat kesimpulan terhadap hasil yang diperolehi dari penyelidikan ini. Ianya di perlihatkan dalam bentuk kesan pendidikan prasekolah dan perbandingan di antara kedua-dua bentuk institusi pendidikan prasekolah. Akhir sekali penulis telah mengemukan beberapa saranan yang perlu diambil perhatian dan difikirkan bersama.
1989-01-01T00:00:00Z