Previous Yearhttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/85722024-03-29T07:31:00Z2024-03-29T07:31:00ZPenerokaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kursus KokurikulumHadijah JohariAnas Suzastri Ahmad‘Adlina Abdul KhalilSharifah Azizah Syed Sahilhttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/119852020-02-15T04:01:57Z2016-04-01T00:00:00ZPenerokaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kursus Kokurikulum
Hadijah Johari; Anas Suzastri Ahmad; ‘Adlina Abdul Khalil; Sharifah Azizah Syed Sahil
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap dan perbezaan kemahiran insaniah dari segi faktor komunikasi, kerja berkumpulan, etika dan moral dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum di sebuah IPT berteraskan Islam. Kajian ini merupakan kelangsungan permasalahan dan isu pengangguran, persaingan dan kebolehpasaran lepasan siswazah. Kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi 26 item dari empat konstruk kemahiran insaniah. Kajian rintis menggunapakai 30 orang pelajar menunjukkan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah pada tahap α = 0.89. Sampel kajian terdiri daripada 166 orang pelajar ijazah sarjana muda yang mengikuti kursus kokurikulum yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif (min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan) dan inferensi (analisis ANOVA Satu-Hala) dengan menggunakan aplikasi SPSS v22. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran insaniah pelajar kursus kokurikulum secara keseluruhannya tinggi dengan kemahiran etika dan moral merupakan faktor paling dominan, manakala min kursus kokurikulum paling tinggi dari unit kesenian islam iaitu kursus Marhaban. Dapatan analisis ANOVA Satu Hala menunjukkan bahawa secara statistiknya tidak terdapat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan gender dan kursus kokurikulum. Pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum di IPT berteraskan islam telah melalui penerapan nilai-nilai KI yang diperlukan berdasarkan konstruk yang dinilai.
Katakunci: Kemahiran insaniah, kokurikulum
2016-04-01T00:00:00ZSosiologi Sastera Dan Nilai Pendidikan Satu Dokumen Sosiobudaya Masyarakat Thai, Melayu-Siam Dalam Cerpen Penantian Di Hujung SenjaHadijah JohariNurul Shaheda Abdul Basirhttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/119842020-02-15T04:02:43Z2016-05-01T00:00:00ZSosiologi Sastera Dan Nilai Pendidikan Satu Dokumen Sosiobudaya Masyarakat Thai, Melayu-Siam Dalam Cerpen Penantian Di Hujung Senja
Hadijah Johari; Nurul Shaheda Abdul Basir
Sebuah karya sastera tidak pernah kosong dari kehidupan sosial, ekonomi dan politik masyarakat tertentu dengan lakaran kebudayaan yang melatari semua aspek tersebut seperti dalam Cerpen Penantian Di Hujung Senja karya Eh Deng Eh Chik yang merupakan himpunan 23 cerpen bertemakan kemanusiaan, dendam, kuasa, rasuah, nasionalisma, adat resam dan warisan. Namun, kajian ini hanya memilih tiga cerpen untuk dianalisis iaitu “Sumpah”, ““Tal Sial Tal Bertuah” dan Penantian Di Hujung Senja. Cerpen Penantian Di Hujung Senja akan dianalisi dengan menggunakan pendekatan sosiologi sastera. Sosiologi sastera merupakan cabang kajian sastera yang bersifat reflektif. Terdapat beberapa objektif tertentu yang perlu dicapai dalam kajian sosiologi sastera antaranya konteks sosial pengarang, “Sastera sebagai cermin kehidupan masyarakat” dan fungsi sosial sastera. Kajian ini akan menganalisis tiga buah cerpen iaitu “Sumpah”, ““Tal Sial Tal Bertuah”dan Penantian Di Hujung Senja yang sarat dengan pendeskripsian kehidupan sosial para wataknya. Fenomena sosiobudaya dalam cerpen-cerpen ini memberikan inspirasi dan motivasi untuk merungkai segala isu masyarakat secara lebih intensi.
2016-05-01T00:00:00Z