Journal Articleshttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/82402024-03-29T13:03:23Z2024-03-29T13:03:23ZPerlaksanaan Problem Based Learning (PBL) dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Hubungan Etnik di Institusi Pengajian TinggiAdlina Abdul KhalilRosfazila Abd RahmanJessica Ong Hai LiawNur Fathin Nadira Bt. Abdul Rasibhttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/286082022-06-21T07:08:16Z2021-11-01T00:00:00ZPerlaksanaan Problem Based Learning (PBL) dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Hubungan Etnik di Institusi Pengajian Tinggi
Adlina Abdul Khalil; Rosfazila Abd Rahman; Jessica Ong Hai Liaw; Nur Fathin Nadira Bt. Abdul Rasib
Proses pembelajaran di peringkat pengajian tinggi perlu melalui fasa transformasi sejajar dengan kehendak dan keperluan masa kini. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan tugasan yang diberikan sebaiknya menekankan aspek pembentukan modal insan. Dalam erti kata yang lain, mahasiswa perlu dibekalkan dengan konsep independent study, melihat masalah yang dihadapi olel) masyarakat dan peka terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Hal ini kerana, selepas bergraduat mahasiswa akan berada dalam komuniti. Kelompok komuniti di tempat keija dan komuniti di luar tempat keija. Aspek-aspek kemahiran yang diperolehi semasa belajar di universiti akan menjadi kayu ukur kepada kemampuan mahasiswa memberi khidmat terbaik kepada majikan mereka nanti. Pengajaran dan pembelajaran pada masa kini perlu dibuat penambahbaikan mengikut arus perubahan zaman. Stigma pemikiran masyarakat yang menyatakan pensyarah sebagai tenaga pengajar sahaja, perlu ditambah kepada pensyaTah menjadi penasihat sesuatu projek atau tugasan yang diberikan kepada mahasiswa. Atas faktor ini, maka kajian dibuat untuk mehhat pelaksanaan Problem Based Learning (PBL) dalamkursus Hubungan Etnik boleh dijadikan medium pengajaran berkesan dalam membina personaliti diri mahasiswa.Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan (tinjauan cross-sectional) dan data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS Versi 26. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 180 pelajar peringkat Ijazah Saijana Muda dari pelbagai latar belakang bidang pengajian dari sebuah institusi pengajian di zon utara. Kajian tertumpu kepada aspek kesan dan cabaran mahasiswa mengaplikasi PBL dalam kursus Hubungan Etnik. Dapatan kajian mendapati pembentukan personaliti pelajar seperti pembinaan keyakinan diri, efektif dan cekap berlaku apabila PBL diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun mereka berjaya mengaplikasikan pembelajaran PBL, namun terdapat sesctengah mahasiswa terpaksa berhadapan denganbeberapa bentuk cabaran. Antara bentuk cabaran yang dominan adalah terdapat perbezaan pandangan dengan ahli kumpulan dan keijasama tidak diberikan oleh komuniti. Namun, atas dasar komited kepada tanggungjawab, paramahasiswa dapat menangani masalah yang dihadapi dengan cara berhikmah dan akhimya dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan.
2021-11-01T00:00:00ZPrinsip Rukun Negara, Keluhuran Perlembagaan dalam kalangan generasi baru masyarakat majmuk Malaysia: Kajian terhadap pemahaman, persepsi, penerimaan dan cabaranRosfazila Abd RahmanJessica Ong Hai LiawAdlina Abdul KhalilSharifah Shahirah Syed SheikhDjhoanna S. MamaMunira Abd Razakhttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/286072022-06-21T06:40:15Z2021-11-01T00:00:00ZPrinsip Rukun Negara, Keluhuran Perlembagaan dalam kalangan generasi baru masyarakat majmuk Malaysia: Kajian terhadap pemahaman, persepsi, penerimaan dan cabaran
Rosfazila Abd Rahman; Jessica Ong Hai Liaw; Adlina Abdul Khalil; Sharifah Shahirah Syed Sheikh; Djhoanna S. Mama; Munira Abd Razak
Rukun Negara adalah suatu ideologi kebangsaan yang menyeragamkan fahaman dalam kalangan pelbagai kelompok etnik di Malaysia. Rukun Negara juga bermatlamat untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar patriotik dan memelihara kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan. Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip ketiga dalam Rukunegara Malaysia. Satu daripada objektif Rukun Negara ialah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Justeru, Rukun Negara perlu sentiasa dihayati oleh rakyat kerana pembentukannya adalah mengikut acuan masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, amat penting bagi semua rakyat dapat memahami, menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara terutamanya dalam kalangan generasi baru yang merupakan pemimpin masa hadapan. Sehubungan itu, Kajian Tahap Pemahaman, persepsi, penerimaan dan cabaran prinsip keluhuran perlembagaan dalam Kalangan generasi baharu ialah satu kajian yang akan mengkaji sejauh mana mereka benar- benar memahami, merasai dalam hati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara berasaskan indikator dan kriteria yang dipilih. Teknik dan strategi kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan data temu bual dan strategi kajian fenomena. Kajian ini dapat memberi gambaran tentang tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan generasi baharu masyarakat majmuk Malaysia terhadap prinsip keluhuran perlembagaan Rukun Negara dan sekaligus cadangan-cadangan di dalam kajian ini dapat diterapkan di dalam kehidupan masyarakat ke arah perpaduan dan keharmonian dalam kemajmukan.
2021-11-01T00:00:00ZPelaksanaan Community Based Learning (CBL) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kursus Khidmat Masyarakat Di Institusi Pengajian Tinggi'Adlina Abdul KhalilSyed Sultan Bee Packeer MohamedHaslina HassanAzizah Ibrahimhttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/284082022-05-16T04:12:24Z2021-06-01T00:00:00ZPelaksanaan Community Based Learning (CBL) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kursus Khidmat Masyarakat Di Institusi Pengajian Tinggi
'Adlina Abdul Khalil; Syed Sultan Bee Packeer Mohamed; Haslina Hassan; Azizah Ibrahim
Proses pembelajaran di peringkat pengajian tinggi perlu melalui fasa transformasi sejajar dengan kehendak dan keperluan masa kini. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan tugasan yang diberikan sebaiknya menekankan aspek pembentukan modal insan. Dalam erti kata yang lain, mahasiswa perlu dibekalkan dengan konsep independent study, melihat masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan peka terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Ini kerana, selepas bergraduat mahasiswa akan berada dalam komuniti, Kelompok komuniti di tempat kerja dan komuniti di luar tempat kerja. Aspek-aspek kemahiran yang diperolehi semasa belajar di universiti akan menjadi kayu ukur kepada kemampuan mahasiswa memberi khidmat terbaik kepada majikan mereka nanti. Pengajaran dan pembelajaran pada masa kini perlu dibuat penambahbaikan mengikut arus perubahan zaman. Stigma pemikiran masyarakat yang menyatakan pensyarah sebagai tenaga pengajar sahaja, perlu ditambah kepada pensyarah menjadi penasihat sesuatu projek atau tugasan yang diberikan kepada mahasiswa. Atas faktor ini, maka kajian dibuat untuk melihat bagaimana pelaksanaan Community Based Learning (CBL) dalam kurus Khidmat Masyarakat boleh dijadikan medium pengajaran berkesan dalam membina personaliti mahasiswa. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan (tinjauan cross-sectional) dan data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif berdasarkan peratusan yang diperolehi hasil daripada edaran soal selidik.
2021-06-01T00:00:00ZKompetensi Dan Strategi Pengajaran Kontekstual Terhadap Pembangunan Kemahiran Kebolehdapatan Kerja Dalam Kalangan Mahasiswa'Adlina Abdul KhalilMohd. Kasri SaidonMohamad Khairi Othmanhttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/284072022-05-16T03:36:12Z2021-06-01T00:00:00ZKompetensi Dan Strategi Pengajaran Kontekstual Terhadap Pembangunan Kemahiran Kebolehdapatan Kerja Dalam Kalangan Mahasiswa
'Adlina Abdul Khalil; Mohd. Kasri Saidon; Mohamad Khairi Othman
Pengajaran dan pembelajaran pada masa kini perlu dibuat penambahbaikan mengikut arus perubahan zaman dan permintaan masyarakat. Permintaan majikan terhadap mahasiswa yang sedang melalui fasa revolusi 4.0 bukan sekadar kecemerlangan akademik tetapi turut melihat aspek-aspek kemahiran yang ada dan boleh diaplikasi ketika bekerja. Senario pengangguran dalam kalangan mahasiswa boleh diumpamakan sebagai cabaran besar buat mereka dan tidak terbatas kepada bidang pengajian tertentu. Pendidik atau pensyarah bertindak untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka sebagai proses pembelajaran dan ini secara tidak langsung dapat membina kemahiran dalam diri pelajar. Walau bagaimanapun, kajian lepas mendapati pelaksanaan pembelajaran dalam membentuk kemahiran kebolehdapatan kerja dalam kalangan mahasiswa pada masa kini ternyata menyumbang pelbagai bentuk cabaran kepada pensyarah. Melalui kajian ini, pengkaji melihat bagaimana konsep pembelajaran berpusatkan pelajar dan strategi pengajaran kontekstual boleh dijadikan medium pengajaran berkesan dalam membina kemahiran kebolehdapatan kerja dalam kalangan mahasiswa. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kualitatif, secara temu bual semi berstruktur bersama 12 orang mahasiswa peringkat pengajian Ijazah dari bidang pengajian berbeza seperti bidang perubatan, pengurusan perniagaan dan kaunseling.
2021-06-01T00:00:00Z