Hadijah binti JohariDirector Centre of Quality Assurancehttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/78152024-03-28T09:25:48Z2024-03-28T09:25:48ZTanggungjawab Profesional: Kompetensi Profesional Dalam Kalangan Kaunselor di MalaysiaHadijah Binti JohariAbu Bakar Abdullahhttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/284222022-05-18T01:04:27Z2021-12-01T00:00:00ZTanggungjawab Profesional: Kompetensi Profesional Dalam Kalangan Kaunselor di Malaysia
Hadijah Binti Johari; Abu Bakar Abdullah
Kompentensi profesional merupakan salah satu cabang perbincangan akademik yang khusus bagi pengurusan tanggungjawab profesional dalam kalangan kaunselor di Malaysia. Kompentensi ini lebih menjurus ke arah pembentukan prinsip-prinsip yang menentukan tingkah laku beretika serta amalan terbaik demi kemenjadian seorang kaunselor. Kajian ini dijalankan bagi memperincikan dapatan kajian bab 4 iaitu Competence to Pratice: Building and Maintaining a Foundation for Doing Good and Avoiding Harm dalam buku Ethic in Counseling and Psychotherapy oleh Elizabeth Reynolds Welfel serta Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor (Malaysia). Kajian ini menggunakan kaedah perbandingan dalam memperincikan data yang terdapat dalam teks kajian. Terdapat 2 kajian yang terpilih bagi analisi kajian ini. Setiap kajian yang dipilih memenuhi kriteria seperti definisi, tuntutan kod etika, pra syarat, faktor, langkah pencegahan yang hanya melibatkan kajian berkaitan kompentensi profesional. Keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa masih terdapat banyak perkara yang perlu diberikan perhatian terhadap kajian-kajian berkaitan isu utama etika dan kajian kes kompentensi. Kesimpulannya, kajian-kajian seterusnya berkaitan kompentensi profesional perlu dijalankan bagi memenuhi agenda perubahan dalam dunia kaunseling. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan bagi pengkaji akan datang bagi melakukan kajian lanjutan.
2021-12-01T00:00:00ZAplikasi Praktis Terapi Rasional Emotif Tingkah LakuHadijah Binti JohariZaidi Fadzilhttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/284212022-05-18T00:56:15Z2021-12-01T00:00:00ZAplikasi Praktis Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku
Hadijah Binti Johari; Zaidi Fadzil
Pemikiran yang tidak rasional akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi sehingga menyebabkan peningkatan isu-isu kesihatan mental sehingga membunuh diri. Salah satu teori yang digunakan dalam sesi kaunseling atau terapi ialah Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku atau Rational Emotive Behaviour Theraphy (REBT). Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti latar belakang pengasas teori REBT, konsep REBT, Model ABCD dalam REBT, manusia menurut REBT dan matlamat REBT. Selain itu, turut membincangkan tentang kelebihan dan kekurangan REBT serta REBT daripada perspektif Islam. Kajian ini merupakan kajian dokumentasi yang menganalisis kajian- kajian lepas. Akhirnya, hasil penyelidikan ini amat berguna kepada penyelidik dan komuniti kerana didapati bahawa terapi ini mampu membantu mengatasi gangguan emosi akibat pemikiran yang tidak rasional.
2021-12-01T00:00:00ZMelestarikan Maqasid Al-Shariah Terhadap Kemahiran Insaniah Dalam Pengajaran Kursus Kokurikulum Hadijah JohariAnas Suzastri Ahmadhttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/119962020-02-15T04:00:21Z2018-12-01T00:00:00ZMelestarikan Maqasid Al-Shariah Terhadap Kemahiran Insaniah Dalam Pengajaran Kursus Kokurikulum
Hadijah Johari; Anas Suzastri Ahmad
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap dan perbezaan kemahiran insaniah dari segi faktor komunikasi, kerja berkumpulan, etika dan moral dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum di sebuah IPT berteraskan Islam. Kajian ini merupakan kelangsungan dakwaan kurangnya penekanan diberikan untuk menyemak kewujudan kandungan maqasid Syariah dan ruhnya dalam sistem pendidikan terutamanya yang melibatkan aplikasi kemahiran insaniah secara khusus dalam kursus kokurikulum. Kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik yang mengandungi empat konstruk kemahiran insaniah. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 responden dengan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah alpha = 0.889. Sampel kajian terdiri daripada 136 orang pelajar ijazah sarjana muda kursus kokurikulum yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif (min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan) dan inferensi (analisis ujian-t) dengan menggunakan aplikasi SPSS v23. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran insaniah pelajar kursus kokurikulum secara keseluruhannya tinggi iaitu min 3.69, dengan kemahiran etika dan moral merupakan faktor paling dominan (min 3.72) berbanding kemahiran insaniah yang lain.Dapatan analisis ujian-t menunjukkan bahawa secara statistiknya tidak terdapat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan gender berdasar kursus kokurikulum yang dipilih oleh pelajar. Kemahiran insaniah secara amnya perlu diterapkan dalam semua bidang pengajian di IPT khususnya dalam kursus kokurikulum kerana terdapat panduan jelas mengenai kerangka maqasid Syariah dalam sistem pendidikan malah ia boleh menjadi panduan kepada sektor pendidikan supaya terbina di bawah maqasid Syariah dan ruhnya.
2018-12-01T00:00:00ZKonsep dan Tata cara Penulisan IlmiahHadijah Joharihttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/119882020-02-15T04:01:00Z2019-03-01T00:00:00ZKonsep dan Tata cara Penulisan Ilmiah
Hadijah Johari
Melahirkan insan yang berketrampilan dalam menyampaiakan hujah dan memupuk daya kreativiti mahasiswa melalui perbincangan berdasarkan karya sastera.
2019-03-01T00:00:00Z