Sukriah Binti Ismailhttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/12942024-03-29T13:46:18Z2024-03-29T13:46:18ZIsu-Isu Dan Cabaran Dalam Pembangunan Hartanah Wakaf Seetee Aisah, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)Sukriah IsmailMarina Abu BakarChe Zuina IsmailNoor Asyimah Ramlihttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/284742022-05-24T03:34:13Z2021-12-27T00:00:00ZIsu-Isu Dan Cabaran Dalam Pembangunan Hartanah Wakaf Seetee Aisah, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
Sukriah Ismail; Marina Abu Bakar; Che Zuina Ismail; Noor Asyimah Ramli
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) merupakan peneraju utama dalam pembangunan hartanah wakaf terutama melalui produk sulungnya Wakaf Seetee Aisah. Dalam mengurustadbir aset ummah ini sudah tentu MAINPP mengharungi pelbagai liku dan cabaran demi melaksanakan impian pewakaf dan memajukan sosioekonomi masyarakat. Kajian ini menumpukan aspek isu-isu dan cabaran Pembangunan Wakaf Seetee Aisah seterusnya mencadangkan beberapa penambahbaikkan bagi pembangunan tanah wakaf oleh MAINPP. Kajian kualitatif menggunakan kaedah temubual bersama pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan hartanah wakaf di MAINPP. Hasil kajian mendapati bahawa MAINPP menghadapi beberapa cabaran dalam membangunkan hartanah wakaf. Oleh yang demikian, bagi menangani cabaran yang dihadapi, dicadangkan agar pihak MAINPP menambahbaik mekanisme pembangunan terhadap hartanah wakaf agar selari dengan visi dan misi MAINPP. Secara tuntas, kajian ini memberi nilai tambah kepada MAINPP dan pihak-pihak yang terlibat dalam menghadapi cabaran untuk membangunkan hartanah wakaf di Malaysia.
2021-12-27T00:00:00ZPerlindungan Hak Isteri Terhadap Unsur Narsisisme dan Gaslighting dalam Konflik Keganasan Rumah Tangga Impak Pandemik COVID-19Sukriah IsmailNur Sarah Tajul UrusFarida Isa BinawaeAhmad Hussein Abdul Shakoor Sirajihttp://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/284732022-05-24T03:26:06Z2021-01-01T00:00:00ZPerlindungan Hak Isteri Terhadap Unsur Narsisisme dan Gaslighting dalam Konflik Keganasan Rumah Tangga Impak Pandemik COVID-19
Sukriah Ismail; Nur Sarah Tajul Urus; Farida Isa Binawae; Ahmad Hussein Abdul Shakoor Siraji
Kajian ini memfokuskan secara konstruktif tentang polemik dalam rumah tangga impak pandemic COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Negara China misalnya mengundang kes perceraian yang tinggi dalam tempoh perintah darurat yan dikuatkuasakan. Di Malaysia pula, semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), aduan konflik atau keganasan rumah tangga kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapat respons yang tinggi daripada kalangan isteri. Hal ini menunjukkan wujud konflik rumah tangga pada skala yang besar. Maka, kajian ini bertepatan untuk mengkaji punca dan faktor konflik keganasan rumah tangga. Objektif kedua adalah untuk mengenal pasti hak isteri dalam rumah tangga dan ketiga, mencadangkan prosedur standard rumah tangga penyayang ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif. Kaedah analisis kandungan digunakan dengan bahan-bahan yang sebahagian besarnya bersumberkan perpustakaan yang terdiri daripada data primer dan sekunder. Data utama dikumpulkan daripada kitab fiqah untuk menjelaskan hak dan tanggungjawab isteri dalam rumah tangga. Data sekunder berdasarkan bahan yang diterbitkan, seperti buku teks, artikel jurnal, pangkalan data dalam talian dan Internet. Untuk analisis, kajian ini menggunakan kaedah gabungan analisis data, iaitu pendekatan deskriptif, kritis dan perbandingan. Dapatan kajian menunjukkan wujud unsur narsisisme dan gaslighting dalam krisis rumah tangga yang memberikan kesan terhadap institusi rumah tangga yang harmonis. Perintah kawalan pergerakan turut menyumbang sebagai faktor yang kuat dalam konflik yang dialami pasangan suami isteri. Oleh itu, satu mekanisme prosedur operasi standard rumah tangga penyayang perlu diwujudkan pada peringkat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri bagi melindungi hak isteri seterusnya membangunkan karakter berjiwa kuat dan kental agar terhindar daripada belenggu institusi perkahwinan yang negatif
2021-01-01T00:00:00Z